top of page

Poster janaan AI salah bucu bintang bukan keluaran KEADILAN Melaka

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
4 hours ago
1 min read

Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Melaka menegaskan poster yang tular di media sosial baru-baru ini bukan bahan rasmi parti atau Pakatan Harapan (PH).


Ketua Penerangan KEADILAN Melaka, Eddiarman Mohd Yunos berkata, poster berkenaan dihasilkan oleh seorang individu yang tidak mewakili parti serta tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana program rasmi.


"Poster tersebut dihasilkan oleh seorang individu yang tidak mewakili parti, tidak berkaitan dengan sebarang program dan kini telah diturunkan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurutnya, KEADILAN Melaka sentiasa menjunjung kehormatan bendera, jata dan lambang kebesaran negara serta negeri, selain memastikan susunan kepimpinan dipaparkan dengan betul dalam setiap bahan rasmi.


Katanya, poster berkenaan gagal memenuhi kedua-dua aspek itu dan menunjukkan kelemahan teknologi AI generatif dalam menghasilkan visual yang tepat serta sensitif.


Sehubungan itu, Eddiarman mengingatkan penyokong dan jentera parti supaya lebih berhati-hati menggunakan visual janaan AI, khususnya bagi bahan yang dikaitkan dengan parti.


"Penyokong dan jentera parti diingatkan agar berhati-hati dalam menggunakan visual janaan AI, khususnya bagi bahan yang dikaitkan dengan parti.


"Kami lebih menghargai kreativiti dan hasil kerja pereka grafik, yang turut menyokong ekonomi kreatif tempatan," katanya.


Dalam pada itu, KEADILAN Melaka merakamkan penghargaan kepada pengamal media yang peka dan adil dalam membuat teguran berhubung isu berkenaan.


Untuk rekod, poster janaan AI tersebut mengandungi ilustrasi bendera Melaka yang memiliki banyak bucu bintang, sedangkan bintang asal pada bendera tersebut hanya lima bucu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page