top of page

Poster 'menyentuh hati' calon PH Zamri Pakiri tular, turut dipuji Rafizi Ramli


Poster calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Rembia, Zamri Pakiri tular di media sosial, sehari selepas hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri Melaka.


Beliau memuatnaik poster yang memaparkan dirinya duduk di tangga batu bersama seorang budak lelaki, berlatarbelakangkan rumah kampung, menunjukkan kemesraan yang luar biasa antara mereka.


“Saya menyeru kepada semua pengundi yang bijaksana dari DUN Rembia untuk keluar mengundi. #MelakaMemangkah untuk masa depan anak-anak kita yang lestari,” itu mesej poster tersebut menerusi akaun Twitter miliknya.


Poster itu ternyata mendapat perhatian ramai pengguna media sosial termasuk Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.


“Saudara Zamri adalah antara pimpinan akar umbi yang baik, berhati mulia dan lama membantu dalam perjuangan tanpa pernah minta apa-apa.


“Seorang yang sangat saya hormat. Bertuah pengundi Rembia dapat calon begini. Bukan selalu saya tweet endorsement calon,” katanya.


Zamri kemudian menceritakan kisah disebalik posternya, setelah mengakui ramai yang bertanya mengenai budak lelaki itu.


“Kanak-kanak sebelah saya ini namanya Adam. Rumahnya bersebelahan dengan rumah saya. Dia dilahirkan dengan Down Syndrome dan jantung berlubang. Selama 4 tahun, saya, isteri dan ibunya berulang alik dari Melaka ke IJN untuk rawatan susulan beliau.


“Anak istimewa ini dilahirkan tanpa pemisah dalam jantung, dibedah oleh doktor pakar di Malaysia dan juga UK melalui jarak jauh menggunakan Skype. Video conference menggunakan Skype. Hebat bukan?


"Bapanya seorang pelaut, kerja berjauhan dengan keluarga untuk mencari rezeki. Jadi terpanggil dan menjadi tanggungjawab saya membantu anak kecil ini. Saya faham, hidup berjauhan bukan mudah. Lebih-lebih lagi tatkala anak ini memerlukan perhatian yang penuh dari ibu bapanya.


"Malang tidak berbau, berlaku sedikit komplikasi di mana jantungnya berhenti seketika semasa pembedahan. Gugur jantung kami kerana menjangka, pembedahan mungkin tidak berjaya. Ini Adam sebelum pembedahan, ceria orangnya walaupun menanggung kesakitan yang beliau hadapi.


"Gugur jantung kami kerana menjangka pembedahan mungkin tidak berjaya. Tapi Allah maha kaya, menyambung semula nyawa beliau sehingga kini. Alhamdulillah, pembedahan untuk beliau berjaya. Syukurlah, beliau juga seorang yang kuat semangat, untuk terus hidup bersama ibu bapa," katanya.


Kisah Adam itu membuatkan Zamri sedar bahawa pembelajaran kanak-kanak itu sudah terjejas.


"Lebih-lebih lagi pembelajaran kanak-kanak istimewa seperti Adam kerana corak pembelajaran mereka tidak sama dengan kanak-kanak normal. Keperluan mereka berbeza, perhatian dan tumpuan juga jauh berbeza.


"Jadi, saya kerap kali terfikir. Bagaimana dengan anak-anak Rembia yang lain? Sedangkan mereka inilah masa hadapan dan harapan kita semua.


"Jurang pendidikan akan semakin jauh. Lebih ramai anak Rembia yang akan menghadapi masalah kenal huruf dan juga pembelajaran.


"Dengan mendukung aspirasi pendidikan terbaik untuk anak Rembia, saya hendak mencuba sebaik boleh untuk fokuskan solusi pembelajaran kepada mereka. Mengadakan kelas istimewa dan di cakna oleh guru peribadi untuk catat pencapaian dan pembaharuan untuk setiap murid," katanya.


Beliau percaya, setiap anak Rembia pasti ada jalan untuk mereka berjaya.


"Setidaknya untuk mereka, kita memberi satu sinar baru bagi anak yang berkeperluan khas, kerana perkara yang nampak seperti enteng, satu masa akan membarah yang besar dalam masyarakat khususnya diluar bandar.


"Perkara ini tidak boleh dibiarkan, semakin di biar, semakin kita akan alpa. Sedangkan mereka inilah aset harapan negara. Satu persatu sedang saya rencanakan untuk murid yang berkeperluan khas terutamanya dan juga anak Rembia yang cicir dalam pembelajaran mereka.


"Untuk Adam, semoga dikurniakan kesihatan yang baik. Walaupun kami memang partner selalu bergurau "gaduh". Tapi geng makan ayam goreng KFC kegemarannya tetap nombor satu," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page