top of page

Portal OpenDOSM NextGen platform kerajaan berkongsi data



Portal OpenDOSM NextGen yang diperkenal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan mengetengahkan konsep data terbuka dapat menjamin ketelusan, dan meningkatkan tahap keyakinan rakyat kepada kerajaan.


Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli ketika merasmikan pelancaran OpenDOSM NextGen di Putrajaya hari ini berkata. portal itu diwujudkan atas inisiatif Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan akan membantu kerajaan mewujudkan inovasi ekosistem perkhidmatan responsif dalam penyampaian data terkini dan relevan sesuai kehendak rakyat.


Lebih daripada itu, katanya kewujudan portal tersebut akan menjadi platform penambahbaikan kepada perkongsian data terbuka yang akhirnya memberi kesan menyeluruh kepada rakyat dan penggubal dasar dalam melaksanakan pelbagai analisis dan rujukan.

"Menerusi kaedah data terbuka kerajaan, maklumat yang berkaitan dengan aktiviti kerajaan seperti perbelanjaan atau kontrak, boleh diakses oleh orang ramai. Ini membolehkan semak dan imbang yang lebih baik dan advokasi dasar yang lebih efektif serta memastikan pegawai awam lebih bertanggungjawab.


"Hal ini seterusnya dapat menjamin ketelusan, akauntabiliti dan keberkesanan kerajaan dalam mentadbir negara," katanya pada majlis yang turut dihadiri Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin


Mengulas lanjut, Rafizi berkata data terbuka yang akan dikongsikan kelak akan membolehkan masyarakat memanfaatkan semua sumber data secara kolektif dalam menjana pengetahuan baharu.


Selain itu ianya mampu menjadi sumber berharga untuk tujuan penyelidikan sama ada penyelidikan asas atau gunaan.


"Melalui platform data terbuka, penyelidik boleh menjimatkan masa dan kos dengan menggunakan data terbuka sedia ada dan bukannya menerusi sumber primer mereka sendiri untuk menjalankan penyelidikan.


"Data terbuka juga boleh memudahkan kerjasama dan penemuan yang lebih besar dalam kalangan penyelidik di pelbagai institusi," kata Rafizi yang juga Timbalan Presiden KEADILAN


Beliau turut menggalakkan pihak berkepentingan mengakses dan menggunakan data yang dikongsikan di portal berkenaan sebagai rujukan sekaligus menjayakan usaha kerajaan memacu perkembangan transformasi data di negara ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page