top of page

Portal guna AI tangkis berita fitnah, penipuan bakal diwujudkan



Sebuah portal menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) akan diwujudkan untuk membantu rakyat mengesahkan maklumat yang diterima selain menangkis berita fitnah dan penipuan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.


Beliau memberitahu portal itu diperluaskan daripada segmen khas ‘Biar Betul!’ yang ditayangkan di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) memandangkan segmen yang berdurasi kurang daripada seminit itu tidak memadai dan perlu dirancakkan bagi menangani isu tersebut.


"Masih di peringkat awal, tapi ada keperluan supaya rakyat secara amnya tidak perlu ragu-ragu tentang bahan yang dibaca. Sekiranya ada syak wasangka boleh rujuk (kepada portal itu).


"Hari ini kita boleh tonton episod ‘Biar Betul!’ dalam pelbagai platform termasuk di RTM, di mana setiap hari bongkar bahan scam, kandungan palsu, berita fitnah tapi kita lihat belum memadai dan perlu dirancakkan," katanya selepas melancarkan program Jom Baca Bersama 10 Minit peringkat Kementerian Komunikasi di Putrajaya hari ini.


Fahmi berkata, platform baharu itu akan menggembleng kemampuan bersama platform sedia ada antaranya SEBENARNYA.MY di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan MyCheck.My, diuruskan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan ‘Biar Betul!’ untuk memudahkan rakyat membuat pencarian dan mengesahkan sebarang maklumat yang diterima.


Fahmi berkata kementerian juga akan bekerjasama dengan platform media sosial supaya maklumat yang diterima pengguna melalui proses pengesahan seperti yang diamalkan di platform X yang melampirkan Community Notes dalam sesuatu hantaran, membolehkan pengguna memberi maklum balas pada hantaran tersebut.


Selain itu, sejumlah 1,878 Komuniti MADANI seluruh negara juga boleh dimanfaatkan sebagai ejen ‘Biar Betul!’ dan barisan hadapan untuk menangkis fitnah, memperbetul persepsi serta menyemak fakta dengan kementerian bagi memastikan penyampaian maklumat kepada masyarakat dilakukan dengan lebih jelas dan tersusun.


Beliau berkata, perkara itu dipandang serius memandangkan maklumat MCMC menunjukkan hampir 80 peratus kandungan yang diturunkan sehingga April adalah bersifat scam, termasuk penipuan iklan serta judi dalam talian.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page