Populariti PMX meningkat: Rakyat rasai keikhlasan, hasil reformasi
- Suara Keadilan
- Jul 1
- 2 min read

Oleh: Hasbul Ahmad
Peningkatan populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah satu kebetulan, sebaliknya hasil daripada dasar reformasi yang memberi kesan langsung kepada rakyat di peringkat akar umbi, kata Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional), Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.
Menurutnya, rakyat memberi kepercayaan berdasarkan keberhasilan, bukan sekadar retorik. Kata beliau, peningkatan sokongan yang mencecah lebih 55 peratus sebagaimana dapatan Merdeka Centre bulan lalu bukanlah angka kosong, namun berakar daripada reformasi dasar yang memberi kesan nyata kepada kehidupan seharian.
"Pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan pimpinan Anwar, seperti program kebajikan masyarakat, bantuan kepada ibu tunggal, veteran tentera selain pembangunan luar bandar melalui pelbagai program berjaya menyentuh hati rakyat dan membentuk sokongan yang semakin kukuh terhadap Perdana Menteri.
"Kalau kita nampak sekarang orang dah tak berapa bising. Demonstrasi pun kurang. Kenapa? Sebab rakyat mula nampak hasil.
"Seperti mana yang telah diketahui susah payah Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun dimaterialisasikan dalam pandangan umum.
"Pengundi yang memberi sokongan atas reform yang beliau lakukan. Khususnya, apabila beliau mensasarkan kepada usaha mengurangkan miskin tegar dan miskin yang mana memberi kesan kepada mereka dalam segi kehidupan.
"Saya tidak terkejut. Malah saya memikirkan sokongan lebih daripada 55 peratus. Sebab kita jangan lupa bahawa unjuran sokongan Melayu ini ada naik-turun dan atas dasar isu masa, isu emosi. Tetapi bila sebut isu emosi dengan isu realiti, ia akan berlaga. Bila berlaga, akan “terpelantinglah” isu emosi.
"Kejayaan Anwar Ibrahim ini bukan sahaja sahaja kerana sikapnya sebagai Anwar Ibrahim, tetapi perbuatannya yang telah mencipta pendekatan kebajikan kepada rakyat.
"Ini telah terbukti, manfaat kepada rakyat seawal pelajar sekolah, kepada remaja, kepada isu rumah tangga dan kelompok B40," kata Abdullah kepada Suara Keadilan.
Kajian terbaharu badan penyelidik Merdeka Center mendapati peningkatan ketara sokongan kepada Anwar apabila 55 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi beliau berbanding hanya 40 peratus pada Jun 2024.
Tinjauan tersebut dijalankan oleh Merdeka Center pada 12 – 23 Mei 2025 membabitkan 1,208 pengundi berdaftar dari pelbagai kaum dan latar belakang di seluruh negara.
Dalam pada itu, Abdullah turut menegaskan bahawa prestasi ekonomi negara seperti pengurangan kadar pengangguran, peningkatan pelaburan melebihi RM382 bilion dan langkah penstrukturan semula ekonomi melalui cukai dan subsidi berssar telah meningkatkan keyakinan terhadap kepimpinan Anwar.
Beliau turut memetik pelbagai perubahan harga barangan asas sebagai antara bukti kejayaan dasar-dasar kerajaan, seperti harga ayam dan telur yang kini lebih stabil, harga getah serta sawit yang memberikan pulangan lebih baik kepada pekebun kecil.
"Dulu satu papan telur RM17, sekarang turun. Getah pun naik harga. Orang kampung seronok," katanya, merujuk kepada impak ekonomi kepada kelompok B40 dan luar bandar.
Untuk rekod, kenaikan sokongan ke atas pentadbiran PM Anwar juga dianggap oleh penganalisis politik sebagai kad laporan kecemerlangan separuh penggal pentadbiran beliau yang bermula pada November 2022 lalu.
Comments