top of page

Populariti Najib menjelang PRU hanya memburukkan keadaan - Abdullah Sani



Populariti Najib yang dibina oleh tentera siber Umno dijangka hanya memburukkan lagi keadaan ekonomi negara sekiranya tokoh politik yang dijatuhkan hukuman bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan Rayuan itu kekal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 15 yang dijangka diadakan dalam beberapa bulan akan datang.


Menurut Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, tidak banyak jasa yang boleh dikenang daripada pemerintahan 9 tahun Najib sebagai Perdana Menteri (PM).


Kata calon Naib Presiden KEADILAN itu, pada era Najib sebahagian ekonomi negara dipacu dengan penambahan hutang, termasuk membawa masuk pelabur China untuk membina projek projek besar, antaranya Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan mendedahkan negara kepada risiko kegagalan membayar hutang.


Sementara polisi kebajikan seperti Bantuan rakrat 1Malaysia (BR1M) pula didanai dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diambil dari saku rakyat sendiri.


"Tidak wajar (beri undi pada Umno) dan ia boleh disifatkan sebagai kategori berdosa kalau rakyat beri undi pada Umno.


"Sebab dia (rakyat) dah tahu benda itu tak betul, buat apa nak bersengkokol dengan orang yang tidak betul?


"Mereka tahu dia (Najib) bersalah dan jika kau pilih juga tengoklah apa jadi," katanya.


Tegas Abdullah, Najib dan BN sewajarnya ditolak dalam PRU 15 malah oleh pengundi di Pahang sekali pun kerana negara tidak perlukan seorang yang jelas melakukan penyelewengan sebagai pemimpin negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page