top of page

Perarakan penamaan calon Perpaduan di PRK KKB meriah

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 27, 2024
  • 1 min read

ree

Perarakan untuk penamaan calon Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu pagi ini meriah.


Calon PH, Pang Sock Tao tiba di tapak mula perarakan, pinggir bandar Kuala Kubu Bharu kira kira 8.30 pagi dan mula berarak bersama kira kira 1,000 penyokong ke tempat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor .


Pemimpin utama Kerajaan Perpaduan seperti Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Exco Selangor Izhar Hashim, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari kelihatan bersama sama mengiringi Sock Tao.


Turut mengiringi ialah Ahli Parlimen Sungai Buloh R Ramanan, ADUN Sentosa Dr Gunaraj George, Exco Selangor Najwan Halimi dan banyak lagi.


Sock Tao yang mempertahankan kerusi DAP di KKB dijangka akan ditentang calon PN, Khairul Azhari pada penamaan calon pagi ini.


Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page