top of page

Lautan merah iringi calon Perpaduan dalam misi kekalkan kemenangan



Oleh: Abdullah Zaid


Suasana di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini dipenuhi lautan merah.


Penyokong Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dilihat mula berkumpul di Jalan Kamarudin Pekan Kuala Kubu Bharu sejak pukul 8.00 pagi sebelum menuju ke lokasi penamaan calon.


Bagi mengelakkan provokasi antara penyokong, laluan utama di jalan Merdeka yang menempatkan pusat penamaan calon ditutup kira-kira 100 meter.


Dalam pada itu, beberapa pimpinan utama menyertai perarakan bagi mengiringi calon antaranya Naib Presiden KEADILAN Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Menteri Besar Selangor, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden AMANAH Datuk Seri Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook.


Calon dan jentera Perpaduan tiba di kawasan tempat penamaan calon pada 8.45 pagi tadi.


PRK DUN Kuala Kubu Bharu akan menyaksikan persaingan sengit antara calon DAP Pang Sock Tao menentang bakal calon PN yang juga Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut.


PRK DUN KKB diadakan berikutan kematian penyandangnya Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Mei ini bagi tarikh mengundi awal, manakala 11 Mei bagi hari mengundi untuk PRK berkenaan.


Dijangka kira-kira 40,226 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan seorang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.


DUN Kuala Kubu Bharu terdiri daripada 46.4 peratus pengundi Melayu; Cina (30.7 peratus), India (18 peratus) dan lain-lain (5 peratus).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page