top of page

Pongal Perpaduan DUN Sentosa diraikan semua lapisan masyarakat

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Feb 1, 2023
1 min read


Sambutan pesta Ponggal Perpaduan DUN Sentosa kelmarin meriah diraikan semua lapisan masyarakat.


Menurut kenyataan Pusat Khidmat DUN Sentosa, biarpun pesta Pongal merupakan upacara tradisi masyarakat India sebelumnya namun dengan pendekatan muhibah DUN Sentosa pesta itu kini diraikan oleh semua.

Pongal diraikan pelbagai kaum

"Anggaran seramai 300 warga dari campuran kaum mewarnai majlis ponggal perpaduan dengan pelbagai aktiviti permainan, pakaian tradisional, pertunjukan pentas, tarian tradisional.


"Pelbagai makanan tradisi juga dihidang dengan daun pisang supaya semua yang hadir dapat menjalin hubungan silatulrahim di antara satu sama lain tanpa perbezaan kaum," kata kenyataan itu.



Selain jamuan, penduduk yang datang juga berpeluang mendapat cabutan pelbagai hadiah yang keseluruhannya bernilai RM2,500.


"Semoga perpaduan dan jalinan erat di antara semua kaum berkekalan. Bersama kita berkerjasama menyumbang demi pembangunan negara," kata kenyataan itu lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page