top of page

Pongal 2023: Permulaan Era Baharu di Bawah Kerajaan Perpaduan



Oleh: Andre Lai


ULASAN: Januari 2023 merupakan sebulan penuh perayaan. Melangkah ke 1 Januari tahun baru 2023, komuniti Tamil di seluruh dunia menyambut Hari Pongal. Perayaan selama 4 hari ini bermula daripada 14 – 17 Januari 2023 bertujuan untuk merayakan kesyukuran kepada alam semulajadi setelah musim tunaian yang baik.


Perayaan ini telah lama dirai oleh masyarakat Tamil. Ia adalah perayaan yang amat besar di Tamil Nadu. Namun di Malaysia ia lebih simbolik. Thai Ponggal menanda kemasukan bulan Thai yang membawa makna permulaan kepada peluang baharu.


Permulaan peluang baharu


Andre Lai

Ucapan perayaan yang sering disebut "Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum" தை பிறந்தால் வழி பிறக்கும் membawa erti "permulaan Thai membuka peluang baharu". Oleh yang demikian, Pongal sering dianggap sebagai ‘tahun baru’ untuk komuniti Tamil.


Sememangnya tahun 2023 adalah satu permulaan baharu, sebagai tanda tahun pertama Kerajaan Perpaduan Malaysia memerintah di bawah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pelbagai rintangan dan cabaran harus ditempuhi, dalam perjalanan ke arah satu permulaan baharu. Tidak pernah dalam negara kita berkongsi kuasa atas nama perpaduan.


Sewajarnya ini adalah cara yang terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik beberapa tahun ini. Formula ‘institutional reformasi’ akan digunakan secara menyeluruh, dengan harapan untuk membina semula Malaysia yang lebih aman, harmoni dan maju.


Keunikan berbilang kaum


Dalam seminggu selepas perayaan Thai Pongal, masyarakat Cina pula akan menyambut Tahun Baharu Cina. Inilah keunikkan di Malaysia yang berbilang kaum. Segala kepelbagaian dirai, segala perayaan disambut bersama. Semaikan semangat perpaduan, dan marilah kita menyambut 2023 dengan konteks “KEADILAN untuk semua”


Selamat Tahun Baru 2023!

Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum தை பிறந்தால் வழி பிறக்கும்!

Dan Xin Nian Kuai Le 新年快樂!


________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page