top of page

Politik Selangor lebih memilih calon berkualiti berbanding asal usul

Updated: May 20, 2023



Pembangkang PN terus memainkan isu calon Menteri Besar (MB) Selangor perlu dipilih daripada kalangan anak jati negeri tersebut berbanding MB sedia ada yang bukan anak jati.


Kempen itu memuncak apabila MB Kedah, Datuk Seri Mohamad Sanusi Mohd Nor mempersoalkan asal usul MB Selangor dalam ucapannya pada majlis jamuan hari raya di negeri itu, minggu lalu.


Bagi Timbalan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Malaysia, Manivanan Gowind, rakyat Selangor lebih matang berpolitik dalam hal melantik pemimpin dan mengutamakan kualiti kepimpinan berbanding asal keturunan sebagaimana dijaja oleh Sanusi.


"Dia (Amirudin) sebagai MB telah memperkenalkan banyak dasar dan polisi baharu yang respons kepada permintaan dari masyarakat Selangor.


"Nak kata beliau orang luar, memang dia orang luar, dia lahir di luar Selangor. Namun bila membesar di sini, belajar, kawan kawan di sini dan tahu derita rakyat Selangor bukanlah itu kriteria yang perlu kita teliti? Bukan hanya kamu lahir di sini kamu boleh jadi MB yang baik, bila masa kita ada kriteria semacam itu?


"Sanusi pendek akal. Dia tidak fikir secara mendalam. Dia hanya fikir anak jati Selangor. Anak jati bukan semua memainkan peranan (berkesan)," katanya kepada Suara Keadilan.


Sebaliknya, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu mempertikaikan apakah Sanusi sebagai anak jati Kedah lebih baik dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai MB mentadbir negeri.


"DUN dia sendiri pun ada masalah. Kamu betulkan tempat sendiri, baiki masalah bekalan air, elak banjir di DUN kamu. Kamu anak jati? Selesaikan masalah sebagai anak jati di DUN kamu. Tak selesai juga. Di sana pun air paip macam air karat. Masih lagi ada banjir, jalan berlubang. Jadi jangan main politik.


"Berpolitik (cara Sanusi) bawa isu yang menyedapkan rakyat (bila didengar) tetapi tidak mencerdikkan mereka. Kita sebagai pimpinan kanan perlu membawa isu yang boleh menambahkan ilmu kepada rakyat. Bukan hanya memainkan isu dari sudut politik," katanya.


Bagi MB Datuk Seri Amirudin Shari pula, Manivanan menyifatkan beliau layak untuk memegang jawatan tersebut kerana MB itu ahli politik yang naik dari bawah. Belajar di Selangor, bergaul bersama rakyat Selangor dan faham isu isu di Selangor.


"MB kita bukan orang baru, dia cenderung dalam bidang politik sejak zaman muda dulu.


"Beliau bangun dari pimpinan akar umbi, dia bukan pimpinan payung terjun. Dia dari AMK, jadi pimpinan kanan, pimpinan pusat KEADILAN. Dia ada hierarki yang dia mendaki sambil menimba pengalaman. Ini jauh berbeza dengan Sanusi atau MB Kelantan (dalam politik Pas).


"Saya berpandangan MB kita di Selangor telah melalui liku liku perjalanan politik yang mematangkan dan kehadiran beliau sebagai MB telah membawa polisi dan dasar yang baru yang diterima baik rakyat. Dia bukan ambil dasar daripada dua MB Selangor sebelum ini," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page