top of page

Politik Sabah: Keadaan terkawal, akan beri tumpuan kembali dari Jakarta

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jan 7, 2023
1 min read


Keadaan politik Sabah belum sampai ke tahap krisis dan keadaan masih terkawal selepas Umno BN mengumumkan menarik sokongan daripada pentadbiran Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semalam.


Hal itu ditegaskan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita usai mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Petaling Jaya, petang tadi.


"Saya dah cakap dengan Ketua Menteri Hajiji, saya difahamkan Datuk Seri Zahid pun sudah bercakap dengan saudara Bung Mokhtar dan keadaan terkawal untuk seketika,


"InshaAllah kita dapat pastikan keadaan pengurusan Kerajaan Negeri tidak terjejas kerana keutamaan kita ialah menjana pertumbuhan ekonomi dan menjaga kepentingaan rakyat," katanya ketika ditemui pemberita.


Anwar yang akan melawat Indonesia berkata, isu politik Sabah akan beliau utamakan selepas kembali daripada ibu negera Indonesia tersebut.


"Pastinya, inshaAllah selepas saya kembali dari Jakarta saya akan memberi perhatian khusus tentang perkembangan di Sabah," ujarnya.


Mengulas menegnai mesyuarat PH, beliau berkata komponen PH terbuka dengan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan dan memberikan keutamaan untuk menjayakannya.


"Alhamdulillah, PH saya ucap terima kasih. Saya hargai kerana hubungan itu mantap, kerap dan bincang secara terbuka.


"Semua akui kerajaan ini Kerajaan Perpaduan dan kerjasama dengan BN, GPS dan GRS sangat diberikan keutamaan," katanya lagi.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page