top of page

Politik perkauman tidak selesai masalah rakyat - Fahmi

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jul 27
1 min read

Politik yang menimbulkan ketakutan dan memecah-belahkan masyarakat tidak akan membantu menyelesaikan masalah sebenar dihadapi rakyat.


Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata semua parti politik perlu menghentikan kempen berasaskan kebencian, fitnah dan sentimen perkauman, sebaliknya tampil dengan dasar yang memberi manfaat kepada rakyat.


"Politik kebencian, ketakutan dan memecah-belah masyarakat tidak membuka peluang pekerjaan. Politik perkauman tidak menurunkan harga barang. Fitnah tidak membina rumah mampu milik dan hasutan tidak membawa masuk pelaburan baharu," katanya dalam laporan media.


Mengulas perjalanan kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang sedang berlangsung, beliau yang juga Menteri Komunikasi menegaskan, negeri itu sejak sekian lama dikenali sebagai negeri yang aman dan harmoni.


Justeru jelasnya, perpaduan yang sudah terbina sejak sekian lama dalam kalangan penduduk tidak wajar dikorbankan demi kepentingan politik sempit.


"Pakatan Harapan menyeru semua parti politik menghormati undang-undang pilihan raya dan memastikan kempen yang berbaki berlangsung secara matang, berhemah dan berasaskan fakta.


"Bertandinglah dengan dasar, rekod serta prestasi. Bawalah cadangan dan penyelesaian," tambahnya sambil memberi jaminan gabungan itu akan terus mempertahankan pendekatan politik sederhana, inklusif dan berteraskan perpaduan tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page