top of page

Politik perkauman: Rakyat bijak menilai - Khai Loon


Oleh: Abdullah Zaid


Negeri negeri utara yang dikejutkan rempuhan gelombang hijau pada Pilihan Raya Umum November lalu masih merasai geloranya ketika ini meskipun agak mereda berbanding 7 bulan lalu.


Namun bagi calon Pakatan Harapan DUN Machang Bubuk (PH) Lee Khai Loon, beliau optimis pengundi mampu membuat keputusan bijak menentukan masa hadapan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.


Katanya, pengundi tidak akan mengenepikan begitu sahaja politik khidmat yang menjadi tradisi KEADILAN sejak sekian lama hanya kerana mengejar gelombang hijau yang tidak jelas hala tujunya.


"Pada saya, politik khidmat boleh menolak sentimen perkauman kerana pengundi boleh menilai wakil rakyat yang boleh bekerja dan menganggap rakyat sebahagian daripadanya," katanya kepada Suara Keadilan.


Selain itu, beliau yang juga ADUN dua penggal bagi kerusi tersebut turut yakin pengundi di Pulau Pinang terus menyokong PH hasil prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri.


"Walaupun Kerajaan Perpaduan baru sahaja 7 bulan menjadi kerajaan tetapi sudah banyak berita baik buat rakyat Malaysia terutamanya dalam hal ekonomi.


"Oleh itu, saya yakin pengundi Pulau Pinang yang sudah 15 tahun di bawah PH (Pakatan Harapan) akan menyokong Anwar Ibrahim (Perdana Menteri) untuk memastikan prestasi Kerajaan Negeri terus meningkat," katanya lagi.


Selain Lee Khai Loon, KEADILAN mempertaruhkan 12 lagi calon di PRN Pulau Pinang terdiri daripada penyandang dan muka-muka baharu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page