top of page

Politik perkauman berkubur di Indonesia, mengapa disuburkan di Malaysia?



Parti parti pembangkang di Malaysia seharusnya mencontohi amalan politik matang di Indonesia yang tidak lagi berlegar sekitar adu domba perkauman atau agama.


Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Manivanan Gowin, Pemilihan Presiden Indonesia (PilPres) 2024 yang baru lalu membuktikan Indonesia tidak lagi berpaksikan kepada politik sempit kaum dan agama dalam berkempen pilihanraya.


Malah, katanya, rakyat yang mengundi juga memainkan peranan apabila menolak calon calon yang memainkan isu sempit dalam pilihan raya umum atau Pemilu di negara itu sebelumnya.


"Perbezaan dengan politik Indonesia, permainan ini (perkauman) adalah permainan lama.

"Benda itu dah basi di Indonesia. Mereka lebih matang dan lebih ke hadapan. Kita di sini kerja tak buat, yang nak buat kerja (Kerajaan Madani) kita tak beri ruang," katanya.


Beliau mengimbau sewaktu Pakatan Harapan (PH) bertindak sebagai pembangkang mereka tidak memainkan isu sebagaimana PN pada waktu ini.


Katanya, PH memberi ruang kepada kerajaan BN ketika itu melakukan yang terbaik untuk rakyat.


"Kita tak pernah halang dia (BN) dengan benda (isu) yang kecil (remeh). Kita tak main politik sangat. Kita angkat isu besar.


"Kalau ada korupsi kita soal, kalau polisi tak betul kita soal. Tangkapan tak ikut perundangan kita persoal. Kita ada base, kita ada level, garis panduan untuk persoal.

Saya tak pernah persoal PM sebelum ini bangun pukul berapa, dia nak main dengan cucu mana," sinisnya.


Menurut Manivanan, kematangan politik Indonesia menyebabkan negara itu berada di hadapan dalam perkembangan ekonomi sejak kebelakangan ini, berbanding Malaysia.

Pelabur asing, katanya, lebih selesa menanam modal di negara itu yang dijangka kurang risiko pergolakan politik.


Mengenai Malaysia, ujar Manivanan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melaksanakan kerja yang cemerlang sejak November 2022 dalam menarik pelaburan asing.


Namun katanya, peranan Anwar itu seolah olah disabotaj dengan isu perkauman yang dimain tanpa henti oleh pembangkang.


"Prestasi Anwar luar biasa, dia ada imej, nama dah ada, dia keluar negara. Kalau nak kata perjuang hak Islam, kita dapat lihat melalui perjuangan beliau dalam isu Palestin, perjuang hak rakyat biasa, isu kemiskinan dia perjuang sama rata


"Apa halangan beliau? Politik sempit yang memundurkan. Bagi saya kalau ada seorang Melayu yang boleh memimpin dan membawa kebangkitan Melayu, sepatutnya orang Melayu (tidak kira paksi mana) bari ruang, bukan cari benda kecil kacau.


"Kalau di pejabat, kita diganggu kerja, bolehkah kita buat kerja yang terbaik? Mengapa syarikat tertentu pesat membangun? Kerana tak ada isu dalaman. Semua datang fokus kerja, pastikan perniagaan berjaya," katanya.


Sehubungan itu, Manivanan menyeru agar pembangkang tidak lagi cuba mengganggu gugat kestabilan politik negara.


Manakala kepada pihak yang masih cuba juga untuk memainkan isu 3R (kaum, agama dan raja), kata beliau, seharusnya mereka diambil tegas oleh pihak polis.


Sebelum ini, Manivanan mencadangkan 10 perkara yang perlu dilakukan oleh polis dlaam membanteras secara pantas isu 3R termasuklah pihak polis perlu bertindak melalui maklumat pertama atau maklumat awal untuk mempercepatkan siasatan; polis membuka kertas siasatan sejurus memperoleh maklumat pertama atau maklumat awal.


Polis juga dicadang memulakan siasatan walaupun tanpa laporan rasmi atau laporan polis.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page