top of page

Isu 3R: AMK saran pihak berkuasa siasat 'agenda tersirat'



Oleh: Abdullah Zaid


Sensasi berterusan menyentuh isu 3R (bangsa, agama dan raja) di media sosial mungkin bukan berlaku secara spontan tetapi direncanakan dengan 'agenda tersirat'.


Malah sejak awal Ramadan lalu, rakyat dipantakkan propaganda kononnya Islam terancam dengan membariskan isu stoking tertera kalimah Allah, tapak kasut khat Allah dan sejadah mini alas kaki yang gembar gemburnya dilakukan secara tersusun.


Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Nabil Halimi tidak menolak bahawa rentetan propaganda di media sosial tersebut berkemungkinan direncanakan untuk memecahkan keharmonian kaum.


Menyifatkan propaganda itu sebagai sistematik, Nabil berharap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan lebih rapi terhadap insien yang dilihat menggoncang perpaduan antara kaum tersebut.


"Saya lihat (propaganda tersusun ini) berkemungkinan ada golongan yang ingin merancang untuk mendapat kepentingan peribadi dan politik.


"Oleh itu, bagi saya peranan pihak berkuasa perlu lebih agresif dan serius dalam menangani isu 3R kerana walaupun laporan polis telah dibuat tetapi tindakan itu (kita lihat) masih lagi nampak perlahan," katanya.


Justeru, Nabil menggesa Kementerian Dalam Negeri melalui PDRM bertindak segera terhadap mana-mana individu yang cuba menyentuh isu berkaitan 3R tanpa mengira populariti, jawatan atau kedudukan.


"Peranan pihak berkuasa perlu bergerak lebih agresif mengambil tindakan. Jangan nasi menjadi bubur baru kita nak ambil tindakan," ujarnya.


Tambah Nabil, akta sedia ada mampu mengekang penyalahgunaan kebebasan bersuara oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, namun ketegasan pihak berkuasa perlu diutamakan.


"Kita sudah ada undang-undang sedia ada yang boleh digunakan untuk isu-isu 3R, namun ketegasan daripada pihak berkuasa yang kita perlukan sekarang," katanya lagi.


Pada Ramadan lalu, isu tulisan khat di tapak kasut tertera kalimah Allah jelas bukan isu genuine tetapi digembar gemburkan oleh laskar siber pro pembangkang sebagai menghina Islam. Sedangkan pakar khat dalam kenyataannya mendapati tulisan itu bukanlah kalimah Allah.


Begitu juga isu sejadah mini tertera imej Kaabah yang dijadikan konten di media sosial, kononnya dijual sebagai alas kaki di pasar raya bukan Islam. Sedangkan sejadah mini seperti itu telah dijual sejak puluhan tahun dan tiada bukan Islam yang akan membelinya untuk kegunaan sebagai alas kaki, biar pun pihak pasar raya tersalah meletak label.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page