top of page

Banteras isu 3R: Manivanan cadang 10 langkah percepat siasatan polis



Oleh: Abdullah Zaid


Isu 3R (Agama, Bangsa dan Institusi Raja-Raja) yang dimainkan secara berterusan oleh pihak pembangkang sejak kebelakangan ini tidak boleh dibiarkan sehingga menggoncang pemerintahan negara.


Bagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Manivanan Gowin, isu 3R perlu ditangani secara tuntas dan komprehensif oleh pihak polis, termasuk mewujudkan langkah pencegahan tertentu kerana isu itu seolah olah telah dirancang untuk dimainkan secara mengikut agenda tertentu.


Sehubungan itu, Manivanan mengemukakan cadangan 10 perkara yang boleh diperhalusi, diperbaiki atau dipinda mengikut garis panduan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mewujudkan Prosedur Operasi Piawai (SOP) dalam mempercepatkan proses tindakan PDRM ke atas isu 3R.


"Saya terpanggil untuk mengingatkan semua mengenai komitmen Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani isu 3R ini.


"Pada 11 Julai 2023, beliau mewakili Kerajaan Madani memberi amaran terakhir kepada mana-mana pihak yang memainkan sentimen 3R sehingga melanggar undang-undang dan mencabar Perlembagaan.


"Selaras dengan komitmen tersebut, saya ingin mencadangkan kepada Ketua Polis Negara Malaysia (KPN), Tan Sri Razarudin Husain dan PDRM agar menyediakan Tatacara Pengendalian Piawai (TTP) atau SOP untuk menyiasat kes melibatkan isu 3R ini," katanya dalam satu kenyataan.


10 perkara yang dicadangkan itu antaranya, Mewujudkan Jabatan Siasatan Jenayah 3R untuk menyiasat kes 3R; PDRM menyediakan senarai kesalahan - kesalahan kes 3R yang boleh dikenakan tindakan (segera); PDRM bertindak melalui maklumat pertama atau maklumat awal untuk mempercepatkan siasatan; PDRM membuka kertas siasatan sejurus memperoleh maklumat pertama atau maklumat awal.


"PDRM juga dicadang memulakan siasatan walaupun tanpa laporan rasmi atau laporan polis


"Siasatan diselesaikan dalam tempoh 7 hari setelah kenyataan 3R dilakukan.


"PDRM juga perlu mengeluarkan kenyataan media awal dalam tempoh 3 hari setelah kenyataan 3R dilakukan (bagi mengelakkan kekeliruan rakyat berpanjangan," katanya.


Manakala selepas siasatan, kata mantan Ahli Parlimen Kapar itu, PDRM perlu mengeluarkan kenyataan media susulan dalam tempoh 7 hari; Kertas siasatan dirujuk kepada Ketua Peguam Negara dalam tempoh 10 hari setelah kenyataan 3R dilakukan dan sekiranya terdapat bukti yang kukuh wajar dirujuk ke Mahkamah dalam tempoh 14 hari setelah kenyataan 3R dilakukan.


"Cadangan sebegini boleh diperhalusi, diperbaiki atau dipinda mengikut garis panduan PDRM.


"Sebalik baiknya, pihak KPN dan PDRM terlibat dalam sesi dialog untuk merangka suatu arahan kerja dan garis panduan terperinci, untuk siasatan dan tindakan yang perlu diambil menurut pendekatan yang seragam dan konsisten dalam menangani isu 3R," ujarnya.


Manivanan yang juga seorang peguam yakin cadangan beliau itu mampu dipraktikkan dan tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan undang-undang Malaysia sedia ada seperti Akta Polis 1967 dan Kanun Tatacara Jenayah.


"Isu 3R yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan raja, sekiranya tidak dibendung akan memudaratkan dan mengugat ketenteraman awam, mengganggu keamanan, keharmonian serta keselamatan negara.


"Dulunya isu 3R hanya hangat semasa musim pilihanraya tetapi kini merebak sehingga ke musim perayaan.


"Maka, satu pendekatan berstruktur melalui SOP untuk menyiasat kes 3R wajar disyorkan untuk kebaikan bersama, demi bangsa dan negara," katanya lagi.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page