top of page

Banteras isu 3R: 'Siasat sebaik sahaja tular' - Haziq



Oleh: Abdullah Zaid


Isu 3R (agama, raja, kaum) yang terus menerus dimainkan oleh laskar siber pembangkang sejak kebelakangan ini memerlukan pendekatan yang lebih tegas untuk menanganinya.


Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Haziq Azfar Ishak berkata, sikap memulakan siasatan sebaik sahaja menerima laporan terhadap isu 3R perlu diperbaiki dengan melakukan siasatan sebaik sahaja kenyataan atau konten berkaitannya tular di media sosial.


Beliau turut menyokong cadangan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, G Manivanan baru baru ini yang mahu pihak berkuasa lebih pro-aktif dalam membendung gelombang isu 3R yang dilihat dipropagandakan secara terancang.


"Isu 3R setiap hari terjadi dan prosedur sekarang lebih reaktif, ada laporan baru tindakan diambil.


"Tetapi dalam keadaan sekarang, isu 3R berlaku secara terancang jadi perlu ada cadangan yang lebih proaktif diambil dalam mencari pelaku-pelaku yang mainkan isu 3R," katanya.


Jelasnya bagi memastikan cadangan itu dilaksanakan, Haziq berkata, undang-undang sedia ada termasuk beberapa prosedur perlu dikaji untuk memastikan individu yang cuba mencetuskan isu sensitif diambil tindakan.


Namun, katanya sebarang cadangan penambahbaikan wajar diperhalusi melalui proses perundingan menyeluruh dan inklusif agar ia tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak.


"Sekiranya pelaksanaan itu berlaku ia bukan setakat prosedur sahaja tetapi undang-undang sedia ada perlu dikaji supaya individu yang baling batu dan sembunyikan tangan itu boleh diambil tindakan atas apa yang dilakukan.


"Sebab hantaran di media sosial oleh pemimpin politik yang menyentuh 3R ini, mereka tidak sebut secara langsung tetapi mainan persepsi. Isu yang dibawa itu menjadi benih-benih kebencian dan akhirnya mencetus kepada perpecahan kaum," ujarnya.


Sebelum ini, Manivanan dalam satu kenyataan mencadangkan 10 perkara dalam menangani isu 3R kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), antaranya mewujudkan Jabatan Siasatan Jenayah 3R untuk menyiasat kes 3R; PDRM menyediakan senarai kesalahan - kesalahan kes 3R yang boleh dikenakan tindakan (segera)


Selain itu, kata Manivanan, PDRM perlu bertindak melalui maklumat pertama atau maklumat awal untuk mempercepatkan siasatan; PDRM membuka kertas siasatan sejurus memperoleh maklumat pertama atau maklumat awal.


PDRM juga dicadang memulakan siasatan walaupun tanpa laporan rasmi atau laporan polis.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page