Politik mesti diselesaikan cara politik, jangan ulangi kelemahan Mahiaddin - Fahmi


Sistem politik dan pelantikan kerajaan mesti dikembalikan kepada suasana sebelum huru-hara ditimbulkan oleh Langkah Sheraton pada Februari 2020 lalu.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, kerajaan Perikatan Nasional (PN) selama 17 bulan memerintah telah menterbalikkan amalan sistem berkerajaan Westminister dengan tidak melaksanakan Undi Percaya di Parlimen terhadap Mahiaddin Yassin dan mengamalkan sogokan politik berleluasa bagi mengekalkan pemerintahan.


Oleh itu, beliau berharap kerajaan baharu yang bakal dilantik akan memulihkan sistem politik dan menyesaikan isu politik secara politik.


"Sepatutnya Mahiaddin selepas dilantik sebagai Perdana Menteri segera memanggil sidang Parlimen untuk mendapatkan keabsahan tetapi sampai hari ini hal itu tidak dilakukan.


"Isunya elit pemerintah berpecah tetapi di peringkat paling tinggi sistem politik broke down. Apa yang berlaku waktu Langkah Sheraton ini kalau kita tidak baiki sekarang saya risau ia akan berlanjutan.


"Masalah politik perlukan penyelesaian politik bukan penyelesaian pentadbiran. Itulah sebab pendirian saya, kalaulah bubar Parimen sekali pun, bagi saya tidak menyelesaikan masalah. Sebab kalau kita ingat apa yang berlaku lepas Pilihan Raya Umum ke 14, Datuk Seri Najib pada 10 Mei 2018, sekitar jam 10 pagi, Najib mengaku kalah.


"Dalam perang ada beberapa perkara. Perang dalam Islam pun ada garis panduan, jangan bunuh anak kecil, potong pokok dan sebagainya. Dalam politik juga satu bentuk perang. Tetapi peraturan politik ini lepas Langkah Sheraton porak peranda.


"Pada saya sekiranya dilantik PM oleh Agong, sekiranya isu asas politik tidak selesai maka kita akan melihat episod sama mungkin berulang lagi," katanya dalam forum maya bertajuk "Letak Jawatan: Ke Mana Kesudahannya?", anjuran Pemuda Amanah Wilayah, malam tadi.


Mengenai beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang dilihat seolah-oleh bersetuju dengan perjanjian perbekalan sebagaimana ditawarkan oleh pentadbiran Mahaiddin beberapa minggu lalu, Fahmi berkata hal tersebut tidak berlaku sedemikian.


Katanya, rundingan antara pemimpin DAP, Tony Pua, Ong Kian Ming dengan beberapa pemimpin PN lebih kepada untuk menolak mereka lebih jauh mengumumkan tawaran terbuka ketika Mahiaddin telah kehilangan majoriti selepas pengumuman pertama Umno menarik sokongan dari PN.


"Pada 4 Ogos, Mahiaddin berkata masih ada sokongan majoriti. Saya difahamkan waktu itu Pejuang dan Warisan akan menyokong dia. Sebaliknya seperti kita tahu pada 9 Ogos, semua 120 Ahli Parlimen menyatakan pendirian tidak menyokong Mahiaddin. Maka hari Rabu 11 Ogos dalam sesi menghadap difahamkan dia (Mahiaddin berkata) ada Akuan Berkanun (SD) sejumlah Ahli Parlimen.


"Dia berharap sejumlah Ahli Parlimen Pakatan Harapan setuju tandatangan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) kerana pada 28 Julai waktu perbahasan isu vaksin ada Ahli Parlimen menimbulkan hal Perjanjian Moratorium Covid (gencatan senjata politik). Mahiaddin berharap dia dapat tandatangan.


"Akhirnya Jumaat lepas dia buat sidang media kumpul menteri dan buat tindakan desperado menyatakan terang-terangan beri rasuah. Macam mana kita boleh terima orang seperti ini? PH bincang dan putuskan. Ini terlalu terdesak. Saya ucap terima kasih kepada Tony dan Ong Kian Ming guna CSA ini sebagai perangkap politik.


"Bagi saya, kalau Mahiaddin tawar CSA pada Mac 2020 keadaan berbeza. Kerana waktu itu kami dalam PH terumbang ambing, mungkin akan diberi pertimbangan. Cuma diakhir hayat politik, kapal pun nak karam buat apa naik," katanya.


Ditanya mengapakah PH tidak bersetuju untuk bersama PN dalam melawan Covid 19, Fahmi berkata kerajaan Mahiaddin telah melampaui batas dengan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dan menipu di Parlimen. Kerajaan seperti itu akan lebih merosakkan negara pada masa hadapan sekiranya terus memerintah.


"Bukan untuk paksa Mahiaddin letak jawatan sahaja, kalau dilihat apa yang berlaku pada 26 Julai dan 29 Julai, waktu sidang khas Parlimen kita telah nampak belang, pentadbiran ini tidak mampu bercakap benar kepada ahli Dewan Rakyat.


"Ini berlaku bila Takiyuddin berkata Ordinan Darurat dibatalkan 21 Julai, timbul macam-macam soalan tetapi dilengah untuk jawab pada Isnin. Kemudian tutup Parlimen. Kami nampak dari satu sudut cakap depan lain, belakang buat lain. Keadaan yang memungkinkan kita ambil tindakan drastik 29 Julai tengah hari keluar kenyataan, bahawa Takiyuddin mengelirukan dewan dan Peguam Negara Idris Harun ingkar titah Tuanku untuk membentang, membahas dan memutuskan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat.


"Bagaimana kita mahu bersubahat dengan pentadbiran ingkar dengan titah perkenan tuanku," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER