top of page

Politik medan khidmat bakti, bukan tempat cari kekayaan – PM Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read
DS Anwar pada Sesi Temu Anwar Sempena Ambang Merdeka Sahabat Madani di Institut Pendidikan Guru Kampus Tunku Bainun, Bukit Mertajam, semalam
DS Anwar pada Sesi Temu Anwar Sempena Ambang Merdeka Sahabat Madani di Institut Pendidikan Guru Kampus Tunku Bainun, Bukit Mertajam, semalam

Pembabitan dalam politik wajar berteraskan khidmat bakti kepada rakyat, bukannya mencari peluang mengejar kekayaan atau memenuhi kepentingan peribadi.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, seseorang yang mahu menceburi politik perlu memiliki ilmu, keberanian, integriti serta keikhlasan untuk membela nasib rakyat.


"Kenapa kamu mahu masuk politik? Kamu perlu berkhidmat kepada rakyat. Kamu berkhidmat kepada rakyat dengan kecerdikan, ilmu dan membaca keadaan negara termasuk menentang rasuah serta salah guna kuasa.


"Politik adalah satu profesion yang mulia jika kamu menjadikannya mulia. Ia menjadi kotor dan korup jika kamu dipengaruhi mereka yang terang-terangan melakukan rasuah," katanya dipetik laporan media.


Beliau sebelumya menjawab soalan seorang pelajar pada Sesi Temu Anwar Sempena Ambang Merdeka Sahabat Madani di Institut Pendidikan Guru Kampus Tunku Bainun, Bukit Mertajam pada Jumaat.


Anwar yang juga Presiden KEADILAN sementara itu berkata, Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan hebat namun berdepan masalah serius berkaitan rasuah dan salah guna kuasa.


Amalan rasuah dan salah guna kuasa menyebabkan negara kehilangan berbilion ringgit yang kesan akhirnya terpaksa ditanggung rakyat.


"Bayangkan kalau wang itu diberikan kepada sekolah-sekolah menengah atau biasiswa untuk anak-anak yang kadang-kadang susah untuk makan.


"Golongan muda perlu diterapkan dengan nilai ilmu, kecintaan terhadap pembelajaran serta integriti," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page