top of page

Politik jijik tohmahan: Kerajaan Perpaduan tidak 'Melayu', lawan Islam



Oleh: Helmi Mohd Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan kononnya Kerajaan Perpaduan seolah-olah tidak “Melayu” dan menentang agama Islam sebagai politik fitnah yang menjijikkan.


Perdana Menteri berkata politik seharusnya dibahaskan berdasarkan dasar, fakta dan angka.


"Soal Bahasa Melayu, kita lebih tegas daripada sebelumnya. Program Jana Wibawa, saya tidak benarkan orang khianat nama Bumiputera, bagi kepada syarikat Cina, tetapi tender ikut peraturan, sama ada Cina, India, Dayak itu soal lain.


"Amalan sakau-menyakau, saya tidak kira Melayu, Cina atau India, kita kena ambil tindakan yang tegas. Jadi, di mana yang tidak Melayunya?," soal Anwar dalam wawancara khas Setahun Bersama Kerajaan Madani: Tiwikrama Perdana Menteri terbitan TV3 yang disiarkan secara langsung malam tadi.


Beliau menegaskan Kerajaan Perpaduan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.


Dalam pada itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata pihaknya menerima keputusan rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman Sabtu lepas yang menyaksikan calon Pas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menang besar.


Jelas beliau, kemenangan Pas itu adalah di kubu mereka sendiri sama seperti PH ada juga kerusi yang mereka menang dengan majoriti puluhan ribu.


"Kemenangan (Pas) di Kemaman, saya terima baik keputusan. Itu keputusan rakyat, malah saya ucap tahniah kepada calon yang menang tetapi itu kubu pembangkang.


"Di kubu kita ada yang menang 100,000 undi, ada yang menang 70,000. Jadi itu bukan pengiraan," katanya.


Dalam Pilihan Raya Umum ke 15 lalu Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu menang di Parlimen Kota Raja dengan majoriti melebihi 70,000 undi namun hal itu tidak membawa beliau ke kerusi Perdana Menteri sebagaimana hujah pembangkang PN bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar layak untuk mengambil alih jawatan PM Malaysia setelah menang dengan majoriti lebih 37,000 undi di Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman pada 6 Disember lalu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page