top of page

Politik anak muda makin berkembang berbanding sedekad lalu - Adam Adli



Gerakan politik anak muda Malaysia semakin berkembang berbanding sedekad lalu.


Hal tersebut diakui ikon anak muda yang mula menceburkan diri dalam politik mahasiswa pada 2012, Adam Adli Abdul Halim. Kata beliau, banyak isu yang tidak menjadi arus perdana anak muda pada dekad lalu lalu seperti alam sekitar, perbezaan gender, gelandangan dan sebagainya kini dijuarai anak muda dan diangkat menjadi isu utama.


"Dalam tempoh sedekad kalau dibuat perbandingan, waktu saya bermula (sekitar 2012) dan sekarang, memang banyakperbezaan. Tetapi prinsipnya sama. Perbezaannya sekarang adalah pendekatan dalam mengerakkan satu-satu isu.


"Isu juga makin berkembang. Isu asas makin ke hadapan, idea makin bercambah. Namun kita nampak juga ada isu lain, suatu masa dulu kurang ditonjolkan tetapi hari ini isu tersebut dijadikan wadah utama," katanya dalam temubual bersama Suara Keadilan baru-baru ini.


Menurut Adam lagi, perkembangan tersebut amat baik terutama sebagai pendidikan politik kepada anak-anak muda keseluruhan yang akan mula mengundi pada usia 18 tahun mulai Pilihan Raya Umum ke 15 ini.


Bagi beliau, kesedaran yang bercambah dan pelbagai dalam kalangan anak muda itu memberi amaran kepada sesiapa yang mahu menjadi pimpinan muda agar lebih berketrampilan. Malah, katanya pemimpin politik yang telah mapan juga tidak lagi boleh mengerah sokongan anak muda dengan tukaran material sebagaimana sedekad sebelum ini.


"Saya anggap itu 'resminya'. Gerakan politik akan sentiasa lebih baik hari ini daripada semalam. Analisa lebih mendalam, pengetahuan terkait sesuatu isu itu semakin baik," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page