top of page

Polisi subsidi bersasar libatkan elektrik, air



Kerajaan Perpaduan akan memastikan rakyat polisi subsidi bersasar bagi keperluan asas seperti tenaga dan air.


Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kementeriannya akan merangka dasar pembangunan yang sesuai bagi 2023 dan seterusnya dalam industri berkenaan.


"Kalau kita bercakap cabaran bagi rakyat, ia bukan hanya B40 tetapi merentas M40 yang bermakna ekoran ekonomi dunia kembali terbuka selepas pendemik Covid dan perang Ukraine - Rusia, ia memberi kesan kepada harga bahan api (penjanaan elektrik) dan sebagainya.


"Mahu tidak mahu antara fokus kita ialah pendekatan kerajaan selama ini, subsidi bersifat pukal semua dapat kita ubah untuk memastikan kalau tidak golongan M40, sekurang kurangnya B40 dapat kita lindungi. Kita bergerak kepada subsidi bersasar, iaitu sepatutnya dinikmati orang paling memerlukan," katanya dalam temuramah di stesen radio Nasional FM hari ini.


Naib Presiden KEADILAN itu memberi contoh tindakan Kerajaan Selangor yang mengubah polisi subsidi pukal untuk pengguna air di negeri itu kepada polisi baharu yang mensasarkan air percuma 20 meter padu hanya kepada golongan B40 sahaja.


Maka katanya, polisi di peringkat Persekutuan yang mana mekanisme imbalance cost pass-through (ICPT) yang disemak 6 bulan sekali telah memperincikan subsidi tidak lagi diberikan secara pukal kepada syarikat besar sebaliknya menumpukan kepada industri kecil dan sederhana selain pengguna domestik.


Khusus kepada industri air, kata Nik Nazmi terdapat beberapa cabaran yang dihadapi yang perlu ditangani oleh kementeriannya bersama Kerajaan Negeri kerana pihak negeri masih mempunyai kuasa yang besar di dalam industri berkenaan


"Kita ada masalah bekalan air, kadang kadang berkarat, warna tidak sesuai. Sebab itu antara 4 fokus Inisiatif 2040 ini untuk memastikan bekalan air dan sumber pengurusan dan mencukupi. Mahu tidak mahu kita kena ada kemampanan kewangan syarikat air, kalau mereka tidak mampu sustain maka akan ada masalah. Itu telah pun kita saksikan ada syarikat air berhutang ratusan juta dengan TNB dan menjadikan masalah besar.


"Ketiga kecekapan industri air. Masalah air tidak berhasil, bocor, dicuri dan tidak dapat dibilkan. Ada negeri sehingga 60%. Kita boleh bandingkan seriusnya masalah ini," katanya lagi.


Selain itu, menurut Nik Nazmi soal ketahanan iklim seperti banjir, hakisan dan kenaikan paras air laut yang akan menyebabkan bandar bandar pesisir pantai akan tenggelam menjelang 2050 turut perlu diambil kira dan merupakan cabaran kepada industri air untuk kekal kompetitif.





0 comments

ความคิดเห็น


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page