top of page

Polisi lebih seimbang dengan kuota 30% wanita pembuat keputusan - Fuziah Salleh



Polisi minimum kuota 30% wanita sebagai pembuat keputusan merupakan syor Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk organisasi di dunia.


Menurut Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh, dengan kuota 30% wanita itu, keputusan jadi berlainan berbanding jumlah penglibatan wanita yang lebih kecil.


"Misalnya kalau kita lihat pembangunan (di kawasan sekitar perumahan) mungkin orang akan berfikir keuntungan semata-mata. Tetapi wanita akan berfikir kalau di situ ada pembangunan, apa jadi dengan padang permainan anak kita.


"Itulah yang mengimbangi keputusan yang dibuat. Sebab itu PBB mengatakan minima 30% wanita dalam pembuat keputusan akan membawa kelainan.


"Sebab itu nombor (30%) yang diletak PBB untuk membuat perubahan. Sebaik-baiknya 50:50 (antara lelaki dan wanita). Banyak negara, misalnya Nordic countries yang telah mencapai 50%. Ini kita panggil kesaksamaan gender dalam pembuat keputusan," katanya dalam program Lawatan Kerja Ketua Wanita KEADILAN yang melibatkan Wanita Selangor dan Wilayah Persekutuan, malam tadi.


Bagi Fuziah, usaha untuk memantapkan kembali Wanita KEADILAN harus dilipatgandakan bagi mencapai kemenangan lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.


Bagaimanapun, katanya cabaran kepada Wanita KEADILAN agak sukar selepas berlaku pengkhianatan Langkah Sheraton setahun lalu.


"Selepas saya ambil alih kita terus melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermesyuarat pun susah kena pakai zoom. Bagaimana kita nak bina wanita dalam keadaan pengkhianatan berlaku dalam keadaan PKP? Jadi itulah cabaran yang kita hadapi. Sebab itu cabaran wajib ini kita sahut," katanya.


Ahli Parlimen Kuantan itu juga terkilan mengenai sayap wanita yang ditinggalkan beliau dalam keadaan baik pada 2007 lalu tetapi terpaksa disusun dan dibangunkan semula selepas Ketua Wanita dan bekas Ketua Wanita KEADILAN sebelum ini meninggalkan parti.


Bagaimanapun, beliau yakin dengan semangat kental semua halangan itu mampu diatasi Wanita KEADILAN menjelang PRU ke 15

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page