top of page

Polis tangani secara serius masalah mental anggota - Saifuddin



Masalah mental dalam kalangan anggota polis biar pun terpencil namun ditangani secara serius oleh pasukan keselamatan berkenaan.


Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beberapa kajian telah dilakukan mengenai masalah mental dalam kalangan anggota polis dan tindakan sesuai telah diambil dari semasa ke semasa untuk menanganinya.


"Kita akui kebelakangan ini ada semacam kecenderungan di kalangan petugas warga polis ke arah bertindak bunuh diri.


"Kecenderungan itu dikesan seawal 2015 - 2016. Sebab itu langkah segera pasukan polis, walaupun kesnya rendah dan terpencil berbanding 130,000 anggota tetapi kita mengambil tindakan menganalisa kesemua data (berkenaan kecenderungan perilaku). Melalui kajian emperikal itu, misalnya satu kajian 2014 - 2018, tajuk kajian "Penerokaan Bunuh Diri Dalam Kalangan Warga Polis".


"2014 - 2018 ada 7 kes bunuh diri. Tahun ini sahaja 2023 walau baru berapa bulan, satu kes hi-profile di Perlis. Dia bunuh isteri, di Bayan Lepas tembak diri sendiri. Semua itu dalam radar catatan polis," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Wan Hassan Mohd Ramli (Pas - Dungun).


Mengenai pemberian senjata api kepada anggota polis pula, Saifuddin berkata, kawalan dan semakan ketat dilakukan bagi meneliti anggota polis yang benar benar stabil mental dan bertanggungjawab sebelum diberi keizinan menggunakan senjata api.


"Kesemua aspek di mana seorang anggota yang nak diberikan kebenaran guna senjata api, dia tidak boleh dilihat ada gangguan atau tekanan. Prosedur itu dibuat melalui ikhtiar program berterusan sebelum superiornya membenarkan senjata diperolehi.


"Jadi cara kita buat bukan sahaja berterusan, tetapi polisi yang kita buat bersifat data driven policy.


"Sekarang sedang berlangsung kajian saringan mental dan kesejahteraan anggota polis dengan kerjasama USIM, Januari hingga Jun tahun ini. 2022 telah lengkap kajian membabitkan responden hampir 26,000 anggota polis. Semua itu kita kesan emosi positif dan negatif, memberi kita panduan sebelum kita memposisikan dia terhadap satu satu tugas," katanya.


Mengenai soalan tambahan Ahli Parlimen Aminolhuda Hassan (PH - Sri Gading) apakah faktor yang menyebabkan gangguan mental kepada anggota polis, Saifuddin berkata terdapat beberapa sebab yang ditemui dalam kajian yang dilakukan


"Pertama faktor tekanan, kedua status kesihatan, ketiga persekitaran tempat kerja. Bila kita zoom in faktor tekanan, dia kecewa dalam perhubungan, ada masalah penyesuaian penempatan baru, gagal untuk mengawal daya tindakan diri. Juga kesunyian akibat berjauhan dari keluarga dan ada masalah perkahwinan.


"Oleh kerana kajian ini menemui unsur yang menyumbang kepada stres, murung dan kebimbangan maka langkah diambil polis ialah mengkaji dari masa ke semasa modul latihan, memperhebat lagi program sedia ada, khusus ke atas faktor tadi secara granular, bukan sekadar rambang," katanya.


Saifuddin turut menjelaskan pihak polis mempunyai Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard untuk pasukan polis diadukan sebarang masalah mental. Buat masa ini, katanya pasukan polis mempunyai 109 orang kaunselor di Bukit Aman di IPK dan IPD gred A di mana OPCP berpangkat ASP.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page