Mesyuarat Kedua Parlimen Ke-15 ikut takwim asal - Pejabat Speaker
- Azuan Ab Rahman

- 1 hour ago
- 1 min read

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 yang dijadualkan bermula pada 22 Jun ini akan diteruskan mengikut takwim yang ditetapkan.
Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat mengesahkan perkara itu di tengah khabar angin yang mendakwa persidangan ditiadakan bagi memberikan laluan kepada pelaksanaan pilihanraya yang bakal diadakan di beberapa negeri di Semenanjung.
"Setakat ini, tiada sebarang perubahan pada jadual persidangan Dewan Rakyat yang telah dipaparkan dalam takwim rasmi Parlimen," kata kenyataan Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Berdasarkan takwim menerusi portal Parlimen, Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 dijadualkan berlangsung selama 16 hari bermula dari 22 Jun hingga 16 Julai ini.
Persidangan kali ini dijangka memberi tumpuan kepada perbahasan dan pelulusan pelbagai Rang Undang-Undang (RUU) serta urusan dasar kerajaan.
Ia termasuk pembentangan semula Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 berhubung cadangan mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.




Comments