top of page

MyKhas peruntukan daripada PM, bukan dana bawah Ahli Parlimen

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Sekatan akses terhadap portal MyKhas Ahli Parlimen Petaling Jaya dan Subang tidak menjejaskan hak mereka sebagai wakil rakyat.


Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) menegaskan peruntukan disalurkan menerusi laman sesawang MyKhas adalah peruntukan khas Perdana Menteri, dan ia tidak berkaitan kemudahan atau hak lain yang diberikan kepada wakil rakyat melalui Parlimen.


Tambah Menteri Komunikasi itu, penduduk di kedua-dua kawasan Parlimen itu masih boleh mengemukakan permohonan bantuan melalui saluran disediakan.


"Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) telah membuat kenyataan bahawa penduduk di kedua-dua Parlimen masih boleh membuat permohonan yang akan diteliti oleh pihak ICU JPM untuk diluluskan.


"Jadi tidak timbul isu mengenai aspek dari segi permohonan dan peruntukan," katanya dipetik.


Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dan Ahli Parlimen Petaling, Jaya Lee Chean Chung yang sebelum ini dikesan menghadiri pelancaran Parti Bersama Malaysia (Bersama) mendakwa pejabat mereka tidak dapat mengakses sistem MyKhas.


ICU JPM pada Khamis memberi jaminan bahawa segala bentuk peruntukan kepada rakyat akan terus disalurkan dan dikendalikan secara langsung bagi memastikan kebajikan mereka tidak terjejas.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page