top of page

Polis sifatkan insiden tembak di KLIA berunsur peribadi, bukan pengganas



Insiden tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA) pada pukul 1.30 pagi tadi disifatkan oleh polis sebagai bersifat peribadi.


Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, kejadian tersebut yang melibatkan dua das tembakan dan salah satunya terkena seorang lelaki tempatan berkerja sebagai pengawal peribadi, telah disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api.


"Siasatan lanjut polis dapati lelaki (suspek) tersebut sebenarnya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang berada di situ, yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.


"Bagaimanapun tembakan berkenaan mengenai seorang individu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum suspek kemudiannya bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Hussein, polis masih menyiasat motif kejadian dan diklasifikasikan sebagai kes cubaan bunuh dan pihak polis telah mengenalpasti identiti suspek.


"Operasi kesan ke atas suspek ini, yang dipercayai telah melarikan diri ke utara


"Dengan ini adalah dimaklumkan kejadian ini bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan atau mana mana kumpulan (pengganas). Keadaan di KLIA adalah terkawal dan selamat," kata kenyataan itu lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page