top of page

Polis siasat hantaran ugut bunuh Perdana Menteri



Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan berhubung penularan sebuah video yang menawarkan habuan kepada individu yang membunuh Perdana Menteri.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut dan maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak.


"Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


"Kita memandang serius perkara ini dan siasatan akan menjurus kepada tangkapan individu berkaitan," katanya dipetik.


Terdahulu, tular di media sosial tangkap layar video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok ‘Jaiadani89’ yang menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang menembak mati Perdana Menteri, menteri dan ahli-ahli sebuah parti politik.


Susulan itu Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada Ahad membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya agar siasatan dibuat terhadap individu berkenaan.


Timbalan Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim dilaporkan berkata, tindakan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah dilihat seolah-olah ingin mencabar pihak berkuasa.


Difahamkan video berkenaan bagaimanapun telah dikeluarkan daripada platform media sosial berkenaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page