top of page

Polis jamin keselamatan fasiliti gas asli cecair sekitar Bintulu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 10
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memastikan aspek keselamatan di premis fasiliti gas asli cecair (LNG) di sekitar Bintulu, Sarawak berada dalam keadaan terjamin susulan laporan seorang pegawai Petronas menerima ugutan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu tidak dikenali.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara tersebut kini berada dalam pemantauan pihak berkuasa.


"Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ada memberi sedikit maklumat terkini seperti mana yang telah diumumkan Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.


"Ia melibatkan beberapa SMS yang telah dihantar kepada seorang pegawai Petronas dan semakan nombor telefon tersebut menunjukkan bahawa ia telah berdaftar di negara jiran.


"Perkara ini dalam pemantauan.. pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga sedang menilai aspek (keselamatan) secara keseluruhan," katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet, di Putrajaya hari ini.


Terdahulu, MKN mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya menerima makluman berhubung ancaman keselamatan terhadap fasiliti LNG di negara ini khususnya di Bintulu.


MKN dalam kenyataan itu, kemudiannya mengarahkan semua fasiliti LNG meningkatkan kawalan keselamatan serta-merta bagi membolehkan siasatan dijalankan.


Agensi itu turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menimbulkan spekulasi, sambil memberi jaminan bahawa perkembangan situasi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page