top of page

Polis alu-alukan pandangan pihak luar tingkat perkhidmatan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 28
  • 1 min read


Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersikap terbuka untuk menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk universiti bagi meningkatkan perkhidmatan agensi keselamatan itu.


Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pandangan pihak luar sangat sangat dihormati dan dialu-alukan dalam menjayakan usaha tersebut.


"Polis telah wujud sebelum universiti ini (Universiti Utara Malaysia) ditubuhkan, dan ia membawa pengalaman yang luar biasa dalam menangani pelbagai isu, termasuk darurat, komunisme, sensitiviti agama, dan keganasan.


"Hakikat bahawa PDRM bersedia mengadakan kolaborasi dengan universiti menunjukkan adanya nilai yang baik.


"Walaupun mempunyai banyak kelebihan, PDRM tetap menghargai pandangan daripada pihak luar untuk penambahbaikan agensi ini, dan kita perlu menghormati usaha tersebut," katanya pada Majlis Pelancaran Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan Polis Diraja Malaysia di UUM Sintok pada Ahad.


Kamus itu direalisasikan melalui kerjasama strategik antara PDRM dan UUM sebagai langkah proaktif dan strategik untuk memperkasakan keupayaan sumber manusia, di samping memenuhi keperluan dasar pembangunan modal insan PDRM


Ia merupakan hasil kajian mendalam, analisis kompetensi, dan pemetaan tingkah laku kepimpinan strategik yang berteraskan pendekatan saintifik dan amalan terbaik yang diterima pakai secara global.


Sementara itu Saifuddin menegaskan, keamanan yang dinikmati rakyat di negara ini bukanlah kebetulan, sebaliknya ia hasil perancangan teliti yang sebahagiannya adalah hasil usaha pasukan polis, termasuk melalui kerjasama dengan pihak universiti.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page