top of page

Polemik Naik Taraf Tandas Sekolah Politik Murahan



Oleh: Abang Zulkifli Abang Engkeh


ULASAN: Kebersihan di semua sektor dan alam sekitar adalah amat penting untuk menjamin kesihatan seluruh rakyat dan para pekerja agar terus terpelihara. Produktiviti sesebuah organisasi dan negara amat bergantung kepada faktor kesihatan.


Sikap rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan kebersihan, membuang sampah merata dan memusnah alam sekitar sangat dikesali.


Tuntutan untuk mengamalkan kebersihan itu sebenarnya merupakan tuntutan agama. Agama Islam jelas menegaskan bahawa mengamalkan kebersihan itu adalah kewajiban.


Di dalam Al Quran ada beberapa surah yang menjelaskan bahawa menjaga kebersihan sangat penting.


1. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 222 :


"...Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."


Ayat tersebut mengingatkan umat Islam bahawa bersih dan suci adalah sebahagian daripada iman. Dengan mensucikan diri, bererti kita menunjukkan cinta dan pengabdian kepada Allah SWT.


2. Allah SWT berfirman dalam surah. Al-Maidah ayat 6 :


"Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur."


Di sini kita kembali diingatkan bahawa diperlukan sikap memastikan kita tetap bersih dan suci.


3. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 151 :


"Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul diantara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui."

Abang Zulkifli Abang Engkeh

Maksud dari ayat tersebut adalah Allah SWT memberitahu kita Islam itu adalah untuk mensucikan diri kita. Maka kita perlu terus mengingat untuk mensucikan diri dan menjaga kebersihan.


4. Allah berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 11 :


"(Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan mesmperteguh dengannya telapak kaki(mu)."


Allah SWT memberikan kita hujan dan air untuk membersihkan diri. Air adalah hak istimewa yang diberikan sebagai bentuk hadiah dari Allah SWT. Tentunya, kita patut berterima kasih atas pemberian itu.


Itulah antara ayat-ayat dari Al Quran yang membahas tentang peri pentingnya menjaga kebersihan. Semoga kita semua terus menjaga kebersihan.


Politikkan isu kebersihan tandas

Isu peruntukan pembaikan tandas sekolah sebanyak RM70,000 (setiap sekolah) yang diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kebelakangan ini telah digembar gemburkan oleh pihak tertentu di media sosial sehingga menjadi polimik politik.


Tandas sekolah seperti hotel 5 bintang meningkatkan minat murid untuk menjaga kebersihan

Isu pembaikan tandas adalah isu rakyat tetapi pihak tidak bertanggungjawab ini telah mempropagandakannya seolah olah suatu 'pembaziran' dan mereka bermain berpolitik murahan.


Sedangkan hasrat Kerajaan Perpaduan menaik taraf tandas sekolah tidak lain untuk menjaga kebersihan dan keselesaan pelajar, sekaligus menjaga kesihatan penggunanya supaya terus terjamin.


Kalau di Sarawak, kebersihan tandas awam sudah tidak menjadi isu sejak pertengahan tahun 1987, di mana pada ketika itu Datuk Amar James Wong Kim Min, sebagai Menteri Alam Sekitar Dan Perlancongan Sarawak telah mengambil langkah menaik taraf semua tandas awam di seluruh negeri. Pengguna tandas awam di pelusuk negeri Sarawak sangat berpuas hati sehingga kini.


Tindakan sesetengah pihak menjadikan projek tandas sekolah ini sebagai isu politik tidak wajar kerana projek itu mendatangkan manfaat kepada warga pendidik, murid-murid sekolah dan para ibu bapa, termasuk para pengkritik yang mungkin ada anak-anak mereka sedang bersekolah di salah sebuah sekolah yang terlibat.


Kritik jika berlaku salahguna, bukan peruntukan


Rakyat boleh mempertikaikan hasil perlaksanaan berdasarkan skop dan kos, tetapi bukan mempertikaikan hasrat pelaksana kerana hasrat menaiktaraf tandas ialah untuk kebaikan.


Tidak salah sekiranya rakyat turut memantau perlaksanaannya. Boleh ditegur sekiranya terdapat skop pembinaan yang mencurigakan.


Begitu juga di peringkat pelaksana dan Jabatan-jabatan Pendidikan Negeri serta Pejabat Pendidikan Daerah, mereka harus memantau dengan ketat supaya setiap sen peruntukan itu dimanfaatkan dengan sempurna untuk tandas sekolah, bukan untuk tujuan lain.


Justeru, kita amat kesal dengan sikap rakyat yang langsung tidak peka dan tidak bertanggungjawab mengkritik apa sahaja yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan. Saya menyeru supaya dihentikan polemik yang tidak membawa manfaat kepada rakyat ini.


__________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak dan Ketua Cabang KEADILAN Cabang Batang Lupar.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page