top of page

PN tiada calon PM layak, diyakini rakyat - Dr Dzulkefly

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 14
  • 1 min read

ree

Perikatan Nasional (PN) tidak memiliki tokoh layak dan diyakini rakyat untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.


Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, kepimpinan pembangkang hari ini gagal menampilkan calon yang boleh menggalas amanah di peringkat nasional sekali gus menafikan dakwaan kononnya gabungan itu mampu menawarkan kepimpinan lebih baik kepada negara.

"Pembangkang boleh sahaja menamakan tokoh seperti Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Datuk Seri Hamzah Zainudin atau Tan Sri Muhyiddin Yassin.


"Namun hakikatnya, mereka tidak mempunyai seorang calon tunggal mahupun barisan kepimpinan yang benar-benar diyakini rakyat," katanya dipetik pada ucapan di Konvensyen AMANAH Pulau Pinang di Balik Pulau pada Sabtu.


Pembangkang sehingga kini, kata beliau, terus gagal secara sepakat untuk menamakan seorang calon perdana menteri mewakili gabungan itu sekiranya memenangi pilihanraya akan datang.


Seorang penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan dalam satu laporan media baru-baru ini berkata, Pas sendiri berdepan situasi rumit untuk menamakan calon perdana menteri dari parti mereka.


Keputusan Pas mengelak pertandingan untuk lima jawatan utamanya dalam pemilihan parti itu sebenarnya bertujuan menutup satu kelemahan iaitu kegagalan mereka menamakan calon berwibawa sebagai perdana menteri.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page