top of page

PN terkubur di KKB, calon Perpaduan menang bergaya



Oleh: Noraini Nordin


Sorotan PRK KKB: Kejayaan calon Perpaduan Pang Sock Tao membenamkan tiga calon lawan termasuk calon Perikatan Nasional (PN) adalah satu kejayaan manis bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB).


Kemenangan Pang sekali gus memusnahkan impian PN untuk melebarkan sayap parti itu di kubu kebal DAP.


Angan-angan PN untuk merampas kerusi DUN KKB berkubur dengan kekalahan calon parti tersebut di tangan Pang.


Calon Perpaduan berjaya mempertahankan kerusi KKB menerusi majoriti selesa, meskipun dicabar sengit sepanjang tempoh berkempen selama dua minggu sebelum hari pengundian, hari ini.


Pang yang mewakili PH memperolehi 14,000 undi, manakala pencabar terdekatnya, Khairul Azhari Saut daripada PN mendapat 10,131 undi.


Ini bererti, Pang menang dengan majoriti 3,869 undi.


Pada PRN Selangor Ogos tahun lalu, mendiang Lee Kee Hiong menang di Kuala Kubu Bharu dengan majoriti 4,119 undi.


Dua lagi calon, Hafizah Zainuddin (PRM) hanya mendapat 152 undi, sementara calon Bebas, Nyau Ke Xin memperolehi 188 undi.


Hilang wang pertaruhan


Kedua-dua mereka hilang wang pertaruhan.


Dengan kemenangan PH di Kuala Kubu Bharu ini, cubaan PN untuk menggugat kedudukan Kerajaan Negeri Selangor serta menjadikannya sebagai modal untuk menggegar Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat gagal mutlak.


Pang Sock Tao diisytiharkan menang oleh Suruhanjaya Pilihan Raya malam ini

Pengundi KKB terbukti lebih memikirkan soal kestabilan kerajaan yang telah sedia wujud dan mahu ia dikekalkan sehingga Pilihan Raya Umum akan datang.


Kempen panas PN yang didapati menunggang isu kaum dan agama terbukti tidak laku di mana pengundi DUN KKB yang pelbagai kaum serta agama menunjukkan mereka tidak termakan langsung dengan kempen hasutan yang dibawa.


Kerajaan pusat yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Negeri Selangor diterajui Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Saari kini boleh berjalan terus di landasan sedia ada dan meneruskan polisi membela rakyat.


Malam ulang tahun yang gemilang


Apa yang menarik, tarikh kejayaan dicapai di Kuala Kubu Bharu ini adalah serentak dengan sambutan ulang tahun ke-25 Parti Keadilan Rakyat serta ulang tahun ke-78 penubuhan UMNO.


Kedua-dua acara sambutan diadakan serentak malam ini, cuma di dua tempat yang berbeza.


Dengan kejayaan di Kuala Kubu Bharu, jalan di hadapan bagi Kerajaan Perpaduan menghadapi cabaran mendatang adalah jelas lebih cerah.


Setiakawan dan kesatuan semua hati para perjuang untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan ini adalah kunci segala kejayaan.

____________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page