PN terdesak nak tahu MP yang sokong Anwar, dedah surat palsu Zahid


Nampaknya Perikatan Nasional (PN) sudah terdesak untuk mengekalkan kuasanya dalam kerajaan pusat sehingga laskar sibernya mendedahkan sepucuk surat daripada Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong kononnya beliau menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.


Surat itu bertarikh 11 Oktober 2020 itu iaitu dua hari sebelum Anwar bertemu dengan Agong, namun hanya tersebar di media sosial semalam.


Dalam surat tersebut, Zahid serta kesemua Ahli Dewan Rakyat UMNO telah menarik balik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan memberi sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi serta setia kepada Anwar sebagai Perdana Menteri


Surat itu juga didakwa dihantar sendiri oleh Zahid kepada Agong, bersekali dengan tandatangannya dan tandatangan Najib Razak sebagai saksi dan penyokong.


Namun surat itu ternyata palsu, setelah pegawai media Zahid, Ibrahim Yahaya mengesahkannya dan menganggap ia sebagai fitnah yang berterusan.


Hakikatnya, pendedahan surat palsu cumalah satu lagi helah untuk menekan dan memaksa Anwar untuk mendedahkan nama dan bilangan ahli parlimen yang menyokong beliau.


Lagipun, surat itu hanya tular di media sosial sehari selepas Anwar dipanggil ke Bukit Aman untuk memberikan keterangan, itupun untuk mengetahui senarai ahli parlimen yang menyokong beliau.


PN hanya perlukan beberapa nama yang menyokong Anwar supaya mereka boleh "berjual beli" bagi mengukuhkan kembali sokongan terhadap Muhyiddin, yang ternyata sudah kehilangan majoriti.


Anwar sudah tentu tidak akan sekali-kali mendedahkan ahli parlimen yang menyokong beliau, memandangkan itu melibatkan kepercayaan antara dirinya, ahli parlimen lain dan melibatkan kepercayaan Agong sendiri.


Jelaslah bahawa surat palsu Zahid itu sekadar satu cubaan untuk mengganggu-gugat sokongan ahli parlimen terhadap Anwar.


Surat palsu tersebut juga secara tidak langsung memberi bayangan bahawa kerajaan PN berada di ambang kejatuhan.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio