top of page

'PN tadbir Kedah tidak maju, layakkah tadbir Selangor'



Perikatan Nasional (PN) yang telah memulakan kempen besar besaran untuk menawan Selangor dibidas oleh Pengarah Pilihanraya KEADILAN Selangor, Yahya Sahri.


Menurut Yahya, Menteri Besar (MB) Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor yang sebelum ini berceramah di Selangor kononnya hanya anak Selangor boleh dilantik sebagai MB perlu sedar diri apakah yang beliau sumbangkan selaku anak Kedah.


"Sanusi ini saya nak beritahu, dia nak majukan negeri dia tak boleh. Nak besarkan longkang tak boleh, nak besarkan sungai tak boleh. Nak buat lapangan terbang tak boleh.


"Tetapi idea dia apa? Untuk Kedah maju maka dia nak ambil Pulau Pinang kerana Pulau Pinang dah maju maka Kedah akan maju. Itu sahaja idea dia. Itu nak jadi panglima nak tawan Selangor?


"Selangor ini ada MB muda yang bersemangat. Macam mana dia nak majukan Selangor, dia lancarkan Rancangan Selangor 1. Hari ini dia berada di Sabak, antara kawasan kurang maju. Dia lancarkan Sabak Development Area. Ini cara untuk maju," katanya dalam ceramah di Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Angkatan Muda Keadilan dan Wanita Keadilan Selangor, malam tadi di Kampung Permatang, Kuala Selangor.


Selain itu, Yahya yang juga perancang strategi tawan Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 itu juga mengecam bekas MB Azmin Ali yang berjanji pelbagai perkara dalam ceramah bersama penduduk kampung.


"Ada pula satu orang dulu bekas MB, dia kata kalau saya jadi MB saya penuhi tuntutan peneroka dapat tanah. Kes ini zaman dia jadi MB. Bukan tanah sebelah Bestari Jaya itu kes baru, dia jadi MB dulu dia tak nampak. Pandangan dia kabur," sinisnya.


Begitu juga, kata Yahya, bekas pemimpin UMNO Datuk Seri Noh Omar yang sibuk meminta ahli UMNO mengenang jasanya di Tanjung Karang.


Yahya meningatkan Noh untuk tidak lupa projek jeti pendaratan ikan di Kuala Selangor yang dibina tanpa kajian rapi dan akhirnya tidak digunakan kerana beberapa masalah.


Akhirnya projek berkenaan yang berharga RM40 juta, katanya menjadi projek gajah putih.


Oleh itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu menyeru agar rakyat Selangor mengabaikan tokoh tokoh yang tidak laku dalam KEADILAN dan UMNO Selangor itu dalam pilihanraya akan datang.


"Lupakan Sanusi, lupakan Azmin, lupakan Noh Omar.


"Kita ada MB, barisan Exco, kita ada PM Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan gagasan Malaysia Madani dan 6 prinsip utama.


"Kita pastikan negara kita ke hadpaan, Selangor ini ke hadapan," katanya lagi.





0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page