PN semakin tersepit, anggota KEADILAN perlu berpegang teguh kepada perjuangan - Saifuddin



Parti pemerintah Bersatu kian tersepit apabila Yang di-Pertuan Agong menitahkan darurat tidak boleh menghalang persidangan Parlimen.


Kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pula amat goyah sekiranya Agong bersetuju memendekkan tempoh darurat. Dengan hanya memiliki 109 sokongan Ahli Parlimen, PN akan tumbang pada hari pertama darurat tamat.


Oleh itu, menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pihak PN ketika ini sedang cuba mendapatkan seberapa banyak sokongan Ahli-ahli Parlimen pembangkang bagi membolehkan mereka membentuk semula kerajaan.


"KEADILAN maklum wujud langkah-langkah terancang yang sedang diusaha pihak-pihak tertentu untuk melemahkan kekuatan wakil rakyat terutama Ahli-ahli Parlimen pembangkang, termasuk dari kalangan KEADILAN.


"Ini dilakukan dengan pendekatan ugutan dan umpan habuan sama ada berkait isu cukai pendapatan, siasatan polis dan SPRM atau melalui tawaran projek dan jawatan dalam GLC.


"Hal ini berlaku tatkala kerajaan sedia ada sudah hilang sokongan majoriti di Parlimen dan dalam keadaan sidang Parlimen boleh diadakan sewaktu darurat berkuatkuasa.


"Pada masa sama, jelas di mata ramai bahawa kerajaan sudah tidak mampu menyelesaikan pelbagai masalah, sama ada berkait pendidikan, pekerjaan, mahupun kesihatan awam (dan tidak wajar terus memerintah)," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu, KEADILAN mengecam keras percubaan membeli Ahli-ahli Parlimen parti bagi menyertai kerajaan baharu PN.


Beliau mengingatkan agar Ahli Parlimen berpegang kepada mandat rakyat dan meletakkan amanah yang diberikan kepada mereka sebagai perkara utama dalam karier politik.


"Maka KEADILAN mengecam langkah terdesak untuk membuat Ahli-ahli Parlimen KEADILAN keluar parti menjadi bebas atau menyertai parti kerajaan, sama ada melalui ugutan mahupun habuan.


"Ahli-ahli Parlimen KEADILAN harus berpegang teguh kepada prinsip perjuangan dan semangat Reformasi, serta sentiasa beringat bahawa rakyat menilai setiap tindakan kita dan siap membalasnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 kelak," katanya lagi.


Untuk rekod, media sosial sedang mensensasikan berita penghijrahan Ahli-ahli Parlimen pembangkang ke parti pro PN dalam waktu terdekat.


Spekulasi semakin kuat bertiup selepas ADUN Warisan, Hassan A Gani Pg Amir pada 25 Februari lalu meninggalkan partinya dan menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio