top of page

PN Selangor tiada tawaran istimewa, hanya main isu kaum, agama - Kamil



Perikatan Nasional yang bercita cita merampas Selangor dalam Pilihan Raya Negeri tidak mempunyai agenda yang jelas apakah yang akan mereka lakukan sekiranya diberi kuasa memerintah negeri.


Menurut Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Muhammad Kamil Munim (gambar atas, kanan), PN Selangor malah enggan berdebat dengan calon calon Pakatan Harapan bagi dinilai kualiti pemikiran dan idea mereka oleh rakyat.


"Kalau kita lihat pepimpin PN yang datang ke Selangor tidak ada satu tawartan dasar atau polisi yang jelas tentang apa nak dibuat di Selangor, dan hanya terikat dengan elemen politik dan perkauman sempit.


"Bahkan terakhir, terpaksa di pihak kita melalui Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli mengundang untuk mereka berdebat (tetapi tidak disambut), kerana kita mahu hentikan bercakap soal agama, kaum. Supaya kita ada nilai politik baru


"Namun setakat hari ini (debat) itu pun tak mampu dilaksanakan pihak sebelah sana," katanya ketika ditemui berkempen bersama Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Juwairiya Zulkifli di Hulu Kelang, tengah hari tadi.


Syed Ibrahim (berkemeja putih) menyapa pengundi di Melawati Mall

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh pula berkata, pengundi di DUN Hulu Kelang wajar memilih wakil rakyat wanita yang berwibawa dan rajin berkerja.


"Kita nak tampailkan wakil rakyat wanita yang berwibawa. Tampilan kita melalui idea dan hujah, bukan melalui 3R (kaum, agama, raja) dan lain lain.


"Saya harap pengundi di Hulu Kelang melihat dari segi kepentingan Kerajaan Negeri dan Persekutaun yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page