top of page

PN salah guna SPRM untuk beri tekanan kepada pembangkang- Tun Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mempergunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi tekanan kepada pembangkang.


Beliau berkata, tindakan SPRM menahan beberapa ahli sayap pemuda Armada dalam parti Bersatu dianggap menyalahgunakan kuasa kerana melakukan penahanan tanpa alasan yang kukuh.


Malah, Pengerusi Bersatu itu menyifatkan pendekatan kerajaan PN ketika ini seolah-olah negara kembali ke era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.


"SPRM tiada alasan untuk menahan ahli Armada. Cara itu tidak betul kerana ada yang kena tahan sampai 4 hari. Ada juga seorang wanita disiasat dalam sebuah bilik dengan empat lelaki dan disoal siasat sampai pagi, ia merupakan tekanan.


"Ini perkara yang sama dibuat oleh Najib, dia gunakan undang-undang untuk memberi tekanan," katanya dalam sidang media.


Tambah Mahathir, jika kerajaan PN terus-terusan memberi tekanan, pihak pembangkang tidak akan berdiam diri begitu sahaja.


"Kerajaan PN ini baru memerintah dalam tiga bulan, tapi sudah berani menggunakan kuasa ke atas rakyat.


"Kalau SPRM terus bagi tekanan, kita akan beritahu apa yang berlaku sebenarnya kepada media luar negara, mereka akan bantu melaporkan kebenaran," katanya lagi.


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Ulya Husamuddin mendedahkan empat ahli Armada iaitu Hannan Khairy, Adam Mukhriz, Redzuan Shafi dan Daniel Khushairi tidak dapat dikesan selepas kali terakhir berada di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.


Ini termasuk pegawai kepada ketua Armada, Syed Saddiq Abdul Rahman, Siti Nurul Hidayah yang ditekan dan dilemparkan dengan kata-kata kesat bagi tujuan menakut-nakutkan mangsa.


Mereka berada di SPRM bagi membantu siasatan kes kehilangan wang tunai RM250,000 di rumah Syed Saddiq.


Namun Ulya memberitahu bahawa mereka ditahan selama beberapa jam tanpa sebarang alasan mahupun waran tangkap dan menganggap ia sebagai satu bentuk tekanan politik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page