PN rapuh: Perbalahan namakan calon PM jejas agenda rakyat - AMH
- Suara Keadilan

- Sep 21
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN) bukan saja mengetepikan agenda rakyat, malah hanya akan menjejaskan kelangsungan sistem demokrasi negara.
Ketua Penerangan Angkatan Muda Harapan (AMH), Ammar Atan berkata, kerapuhan gabungan pembangkang itu semakin terserlah susulan perbalahan terbuka dalam kalangan pemimpinnya sejak kebelakangan ini sekali gus memberi isyarat perlunya perubahan dalam pucuk pimpinan.
"Sehingga kini, Pas masih keberatan menamakan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri, malah pemimpin mereka, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor secara sinis menyamakan pengumuman Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri seperti 'ghairah seorang diri'.

"Sudah tiba masanya Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersara secara bermaruah. Kepercayaan terhadapnya semakin goyah dalam Bersatu dan juga PN," katanya dalam satu kenyataan media.
Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2025 di Shah Alam baru-baru ini bertukar kecoh susulan tindakan beberapa ahli parti melaungkan "turun Tan Sri" ketika Muhyiddin menyampaikan ucapan dasar di himpunan itu.
PAT kemudian menamakan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri mewakili PN, namun dikritik beberapa pemimpin Pas yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat tanpa perbincangan itu.
Bersatu disindir sebagai parti yang serba kekurangan namun mahu menjadi ketua, sedangkan Bersatu banyak bergantung kepada Pas dalam gerak kerja akar umbi khususnya di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Susulan itu, perwakilan Muktamar Tahunan Pas Pusat yang diadakan minggu lalu sebulat suara meluluskan usul supaya parti itu memimpin PN sebelum Pilihan Raya Umum ke 16.









Comments