top of page

PN mahu beri RM6,000: 'Lawak menghiburkan rakyat' - Lokman

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 14
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Tawaran pembangkang untuk memperkenalkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sehingga RM6,000 setahun kepada rakyat disifatkan tidak realistik dan hanya bertujuan memancing undi.


Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam (gambar) berkata, cadangan tersebut tidak mungkin boleh dilaksanakan kerana dibuat tanpa mengambil kira kemampuan kewangan negara.


"Saya anggap tawaran itu lawak tetapi cukup menghiburkan. Tawaran PN ini tiga kali ganda lebih besar daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang kini diberikan kerajaan. Dari mana sumber duitnya?" kata beliau menerusi siaran podcast malam tadi.


Sementara itu menurut Lokman, tawaran oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat pada Isnin itu jelas menunjukkan PN tidak mempunyai pelan ekonomi yang kukuh.


"Hamzah bercakap dahulu dan berfikir kemudian. Kalau pemimpin seperti ini diharapkan menjadi Perdana Menteri, saya bimbang negara akan ranap," tambahnya.


Lokman menerusi podcastnya turut menyeru rakyat supaya tidak terpedaya dengan janji kosong pembangkang sedangkan rekod pentadbiran mereka sebelum ini membuktikan sebaliknya.


"Cukuplah kita ditipu pembangkang. Kalau benar mampu beri RM6,000 setahun, sudah lama mereka laksanakan ketika memerintah.


"Jangan lupa, semasa mereka mentadbir, negara dilanda ‘lockdown’ hingga rakyat terpaksa menggunakan simpanan sendiri untuk bertahan.


"Apa yang mereka janjikan kini tidak lebih tawaran terdesak dengan harapan ada rakyat yang cetek fikiran akan terpengaruh," tambah Lokman Adam.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page