top of page

PN luluskan tender 5G RM11 bilion, ada syarikat lain tawarkan RM5 bilion


Kelulusan tender projek jalur lebar 5G yang dilakukan dalam keadaan kerajaan Perikatan Nasional terumbang ambing dipersoalkan banyak pihak.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelulusan tender RM11 bilion yang diselimuti kekaburan itu tidak sewajarnya berlaku apatah lagi terdapat syarikat yang boleh melakukannya dengan jumlah RM5 bilion.


"Tanpa banyak maklumat kita dimaklumkan (tender) diluluskan kepada syarikat Ericsson dengan harga RM11 bilion walaupun ada mempertikaikan syarikat China Huawei boleh menyempurnakan tugas itu dengan kos RM5 bilion.


"Maka saya mahu mengemukana beberapa persoalan kerana tidak ada maklumat. Pemerintah menggunakan kesempatan ini untuk cepat-cepat meluluskan tanpa maklumat lain, tanpa persoalan dan tidak didedahkan kepada awam," katanya dalam siaran Facebook.


Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, tender yang sebegitu besar lazimnya perlu melibatkan pemindahan teknologi dan usahasama bersama syarikat tempatan, namun tidak kedengaran butir-butir tersebut diumumkan.


Kos yang tinggi juga, kata Anwar, akan membazirkan wang cukai rakyat dan berkemungkinan caj perkhidmatan yang dikenakan kelak kepada pengguna lebih tinggi daripada sepatutnya.


"Kita bimbang apakah kedudukan latihan, pemindahan teknologi, kos apakah munasabah? Kemudian yang akan membebankan rakyat, kos kepada pengguna?


"Nampak lunak, tetapi kos kepada pengguna akan ditanggung oleh rakyat. Sebab itu kita mahu hal ini didedahkan dan dipersoalkan semula supaya kemungkinan penyelewengan, salah guna kuasa, komisyen berlebihan dan rasuah itu tidak berlaku.


"Soalan ini harus dijelaskan sebelum memberikan kesan yang parah kepada negara dan rakyat," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page