
Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai idea yang lebih bernas dalam membangunkan masyarakat kecuali mempertikaikan apa sahaja yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan.
Oleh itu, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Nurin Aina Abdullah @ Nor Azrina Binti Surip menggelar PN sebagai Pertikaian Nasional dan pengundi perlu disedarkan sifat gabungan itu yang hanya mempertikaikan apa sahaja dasar kerajaan tanpa solusi penyelesaian masalah.
"Perikatan Nasional, pada hari ini kita tidak perlu sebut Perikatan tetapi sebut Pertikaian Nasional. Itu sebenarnya lebih tepat.
"PN tak ada kesepaduan masyarakat. Hari hari wirid dia adalah memecahkan perpaduan di kalangan rakyat
"Kita tengok apa sahaja yang mereka tidak pertikaikan. Kita bagi tol 4 hari percuma untuk rakyat jimat balik kampung itu pun dia pertikai, umum Menu Rahmah dia pertikai, bahkan dia menghina. Sampai kita buat kenduri rakyat (jamuan Aidilfitri) pun pertikai," katanya.
Beliau menyeru agar rakyat Kedah beralih dalam PRN untuk masa hadapan negeri yang lebih baik.
Comments