top of page

PN Johor bergolak, Pas mungkin hadapi PRU 15 bersendirian?



Di peringkat nasional kerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) kelihatan baik namun tidak semestinya hal yang sama berlaku di peringkat negeri.


Menjelang ura-ura akan berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) mengejut hujung tahun ini, Pas Johor dispekulasikan mungkin bergerak bersendirian tanpa menyertai sekutu mereka dalam PN.


Isu ini terdedah dalam banyak hantaran-hantaran media sosial para penyokong dan ahli Pas Johor yang tidak senang dipinggirkan dalam lantikan jawatan peringkat ahli majlis serta ketua kampung yang sehingga kini belum dimuktamadkan di negeri itu.


Menurut catatan seorang pemerhati politik, Dr Ismadi Abd Samad, perkara itu telah dibincangkan secara serius dalam kalangan Pas negeri setelah Umno dan Bersatu didakwa mengenepikan Pas dalam banyak perkara.


“Kenyataan salah seorang Timbalan Pesuruhjayanya yang menyebut Pas Johor sebagai lemah untuk berunding berkenaan kedudukan ahlinya dalam pentadbiran negeri di dalam satu mesyuarat yang diadakan Sabtu lalu menampakkan berlaku perselisihan faham yang sangat ketara.


“Kesabaran dan ketenangan Pas Johor mengikut rentak permainan politik UMNO yang diterajui menteri besarnya seakan sudah menghampiri garisan sempadan.


“Ramai di kalangan ahli sudah mula bersuara. Hak mentadbir kerajaan (negeri) sengaja dinafikan dengan pelbagai alasan dangkal,” kata Dr Ismadi dipetik.


Menurut Dr Ismadi, Pas Johor didakwa mengesa agar semua ahli cawangan dan kawasan untuk bersedia bersendirian, namun arahan itu tidak dimaklumkan secara rasmi.


Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dr Mazri Yahya turut menyalin kiriman Dr Ismadi dan menyiarkannya semula di laman Facebook beliau.


Beliau turut meninggalkan catatan dan meminta pembaca menyatakan pendirian tentang sikap Umno dan Bersatu Johor terhadap dalam isu pembahagian jawatan serta lantikan politik di peringkat negeri.


“Ini adalah pandangan Dr Ismadi yang saya tidak kenal. Pandangan yang boleh diperdebatkan.


“Tapi apa pula pandangan saudara?" kata Dr Mazri yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.


Soalan dikemukakan Dr Mazri itu turut disambut dengan pelbagai reaksi netizen yang tidak berpuas hati dengan sikap pemimpin Umno Johor.


Penulis dengan nama ‘Lan’ menyindir dan mencabar agar Pas Johor meneruskan cadangan untuk bersendirian dalam PRU ke15.


“Orang tak sudi, kita lagi tak sudi. Dah dia rasa kuat, biar dia bersendirian," katanya


Pas bertanding 41 kerusi dan hanya menang satu kerusi DUN dalam PRU 14 lalu. Oleh itu, parti itu tidak dianggap penting dalam percaturan kuasa di negeri Selatan Semenanjung tersebut.


Dalam PRU akan datang Pas mungkin dianggap 'menyibuk' dalam pembahagian kerusi antara Umno dan Bersatu. Apatah lagi mereka pernah menang lebih banyak kerusi dalam PRU 2008 dan 2013 tetapi kerusi-kerusi tersebut dimenangi Amanah, serpihan Pas dalam PRU 14.




0 comments

Recent Posts

See All

Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page