top of page

'PN jangan main politik gelar mengelar, gelaran mereka lebih buruk' - Razeef



Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan agar tidak bergantung kepada politik mencipta gelaran buruk kepada lawan politik sebagai modal memasuki Pilihan Raya Negeri.


Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin berkata demikian ketika memberi reaksi terhadap kenyataan terbaharu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa rakyat memberi pelbagai gelaran buruk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung langkah pembaharuan dan pentadbirannya.


Menurut beliau, gelaran buruk hanya dicipta oleh tentera siber pembangkang dan tentunya bukan oleh rakyat biasa yang lebih berhemah dalam memberi komen di media sosial.


"Saya melihat rakyat tidak sebiadab itu untuk menggelar seorang Perdana Menteri paling 'perform' dengan gelaran berkenaan kecuali tentera upahan Perikatan Nasional (PN) itu sendiri.


"Beliau juga memaklumkan tindakan tersebut adalah kerana rakyat terseksa.


"Sebenarnya rakyat terseksa atas kegagalan 33 bulan kerajaan PN mentadbir. Dan kesan dari segi ekonomi serta emosi masih boleh dirasai sebahagian rakyat walau negara semakin pulih dari krisis ekonomi dan kos sara hidup.


"Di sini jelaslah bahawa PN dan Pas tidak ada tawaran halatuju yang baik dalam kempen kali ini melainkan menghina serta memainkan sentimen kaum serta agama walaupun mereka beberapa kali bersikap biadab terhadap Raja-Raja Melayu," katanya.


Sehubungan itu, Razeef meminta rakyat ingat kembali betapa tersiksanya mereka di bawah pemerintahan PN pada 2020 - 2022 lalu.


Katanya, rakyat perlu ingat kematian 30,000 jiwa akibat kegagalan kerajaan PN mengawal Covid 19, juga statistik membunuh diri yang amat tinggi berbanding beberapa dekad sebelumnya akibat tekanan ekonomi.


"Tidak perlu saya ungkit bagaimana kerajaan PN menaikkan harga barang seperti minyak masak, ayam dan sebagainya termasuk kegagalan mengurus kekurangan bekalan makanan seperti telur.


"Cukuplah rakyat sendiri merasa seksa di bawah kerajaan PN yang zalim," ujarnya.


Hal itu, kata beliau, berbeza dengan situasi semasa apabila kerajaan berjaya mengawal dan menurunkan harga barangan keperluan asas seperti minyak masak, ayam, telur dan lain-lain.


Rakyat juga, kata Razeef, perlu ingat 'double standard' Menteri dan pemimpin PN ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.


Rakyat dikurung tetapi mereka boleh beriadah sesuka hati, bermain golf dan mengadakan pesta durian. Hamzah juga katanya, perlu ingat selain pelbagai gelaran terhadap Muhyiddin dahulu seperti 'Din Sembab', 'Din Tompok' dan 'PM PDF' serta 'PM Cirit' beliau juga diberi pelbagai gelaran tidak elok, terutama selepas berjaya menarik wakil-wakil rakyat di Sabah sehingga berlakunya Pilihan Raya Negeri Sabah 2020


PRN itu, kata Razeef, menyebabkan jangkitan wabak Covid-19 meningkat mendadak melalui kluster PRN sehingga menyaksikan kes kematian tertinggi dan berpanjangan sehingga setahun kemudian.


"Oleh itu, Hamzah tidak layak mengatakan rakyat terseksa hari ini selepas Kerajaan Perpaduan berjaya mengembalikan negara ke landasan yang tepat untuk kembali menjadi sebuah negara maju, serta membantu rakyat keluar dari kemiskinan akibat kegagalan kerajaan PN dahulu.


"Saya yakin rakyat tidak ingin kembali berada di bawah pentadbiran kerajaan PN yang gagal," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page