top of page

PN hipokrit sokong Yusoff Rawther

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 4
  • 1 min read


Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau Altimet, mengecam tindakan Muhammed Yusoff Rawther yang memfailkan saman sivil terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut Altimet, tindakan yang disifatkannya bermotifkan kepentingan peribadi itu dilakukan pada waktu negara sedang berdepan cabaran ekonomi global.


Tindakan itu tegasnya mencerminkan satu perkara, iaitu berkepentingan peribadi melebihi kepentingan negara.


Menerusi kenyataan sama, Altimet yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) Lembah Jaya membangkitkan semula kenyataan kontroversi Yusoff dalam sebuah surat terbuka bertarikh 2017 di mana Yusoff mengisytiharkan dirinya sebagai “One Malaysian, Standing with Israel” (https://www.israelnationalnews.com/news/350037).


Dalam surat yang disiarkan di laman Israel National News itu, Yusoff menolak hak Palestin ke atas Baitulmaqdis, menuduh solidariti umat Islam sebagai hanya “naratif ciptaan media”.


Sementara itu Altimet juga melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang memberi sokongan kepada individu seperti Yusoff sedangkan mereka tegasnya sering memposisikan diri sebagai pembela Islam.


"PN tidak boleh bermain dua watak — mengaku memperjuangkan Islam tetapi dalam masa sama menyokong individu yang (pernah) secara terbuka membela Israel dan memperlekehkan umat Islam


"Tulisan dan pendirian (Yusoff) jelas bertentangan dengan nilai yang dipegang umat Islam serta dasar luar Malaysia yang sentiasa mendukung perjuangan Palestin


"Kalau kenyataan seperti itu datang daripada pihak prokerajaan, pastinya mereka (PN) sudah turun ke jalanan menuntut permohonan maaf. Tapi kerana ia melibatkan seseorang yang menyerang Perdana Menteri, tiba-tiba semuanya senyap," sindir beliau.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page