top of page

PN harus berhenti bermimpi, jangan tipu penyokong sendiri



Oleh: Noraini Nordin


ANALISIS: Untuk kesekian kalinya Tan Sri Abang Johari Openg tampil menyatakan pendirian tidak berbelah bahagi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memberi sokongan kepada PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pengerusi GPS yang juga Premier Sarawak itu dalam reaksi terbarunya, kekal tidak berubah dengan pendirian perlunya Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan memimpin Malaysia sehingga habis penggal.


Dalam satu program Townhall di Kuching semalam, beliau berkata, mengikut sistem demokrasi ketentuan siapa menerajui kerajaan harus melalui pilihanraya.


"Jika Perdana Menteri sudah ada di sana, biarkanlah sampai habis kerana ketentuan kerajaan mengikut demokrasi adalah apabila pilihanraya diadakan, maka keputusannya itu perlu kekal sampai habis.


"Kalau (kita tukar Perdana Menteri) tengah jalan, akan jadi satu situasi yang tidak menentu dan yang menjadi mangsa adalah rakyat," katanya.


Letak kepentingan rakyat di atas segalanya


Abang Johari juga menyeru semua ahli politik agar meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan sendiri.


"Kami di Sarawak berkehendakkan negara Malaysia yang kuat.. kita lihat jiran kita sudah ke depan… Indonesia sudah membangun tetapi pemimpin kita masih main politik. Bagi Sarawak, kita sokong kestabilan politik," tambah beliau.


Di sebalik GPS dikaitkan sekali lagi dalam cubaan menukar kerajaan melalui khayalan 'Langkah Dubai ' baru-baru ini, penjelasan dan pendirian Abang Johari ini boleh dikira mampu menutup segala spekulasi yang sering bertebaran.


Mereka yang masih ghairah mahu menukar kerajaan bukan saja harus berhenti mengaitkan GPS dalam gerakan jahat itu, bahkan seharusnya berhenti terus daripada cubaan-cubaan lain selepas ini untuk menggugat kedudukan Anwar selaku Perdana Menteri.


Pendirian teguh tidak berubah


Tanpa sokongan GPS yang mempunyai 23 Ahli Parlimen, blok pembangkang boleh terus bermimpi untuk menukar kerajaan.


Sudah beberapa kali nama GPS dikaitkan dengan cubaan menukar kerajaan, namun setiap kali ianya muncul, Abang Johari tetap dengan pendirian tidak berubahnya mahu kekal menyokong Anwar sehingga habis penggal.


Kekentalan pendirian GPS memang harus dipuji dan disanjung tinggi kerana melambangkan keinginan untuk melihat negara terus maju dan rakyat sentiasa dibela melalui kuasa politik atas kedudukan sebagai kerajaan dan mengenepikan sama sekali keghairahan mengejar jawatan yang bersifat hanya untuk nikmat peribadi.


Dalam hal ini, blok pembangkang sepatutnya tidak sukar untuk segera sedar diri bahawa impian untuk menjatuhkan Kerajaan Madani akan kekal sebagai sebuah mimpi.


Tidak usahlah lagi mereka terus menipu penyokong sendiri dengan cerita cerita menukar kerajaan yang tidak henti-henti.

_________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page