PN hanya ada 103 sokongan, Mahiaddin perlu letak jawatan segera - Saifuddin


Sidang media Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengesahkan pentadbiran Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin tidak mempunyai majoriti.


Bagi Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, PM Mahiaddin tidak perlu menunggu sehingga bulan September untuk mensahihkan majoritinya di Parlimen selepas penarikan sokongan oleh Umno dan kegagalan Ismail untuk membawa jumlah yang cukup dalam sidang media.


"Kita ikuti kenyataan media Ismail Sabri yang menyebut 31 BN. Kita tahu Ahli Parlimen BN ada 42. Kalau 31 sahaja.... katakan itu betul, (bermakna) meninggalkan 11 tidak menyokong.


"Bermaksud dari 114 yang PM ada, tolak 11, dia tinggal 103. Itu kenyataan Ismail sendiri.


"Kalau 103 daripada 220 (anggota dewan keseluruhan) PM sepatutnya segera berundur. Tak perlu tunggu bulan September. Dari sekarang ke September PM yang ada kuasa dan sumber, dia cuma boleh fikir satu saja untuk selamatkan diri, horse trading, ini istilahnya jual beli.


"Pendirian blok pembangkang jelas. Menggesa Parlimen diadakan segera. Tidak perlu tunggu September. Parlimen boleh diadakan mengikuti Standing Order 11 (3). Tak perlu notis 28 hari. Notis sehari pun boleh.


"Tunggu September ertinya PM membeli masa untuk selamat dalam politik," kata Saifuddin dalam sidang media selepas hadir di IPD Dang Wangi untuk siasatan polis berhubung perhimpunan 2 Ogos lalu di Dataran Merdeka.


Selain kegagalan Ismail menyatakan jumlah bilangan Ahli Parlimen yang cukup bagi 'memapah' kerajaan Perikatan Nasional yang pincang menuju bulan September, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu juga mendedahkan sebanyak 5 lagi Ahli Parlimen Umno telah menarik sokongan selepas 8 menghantar surat ke Istana Negara memaklumkan penarikan diri pada 30 Julai.


"Kita ikuti melalui kenyataan media, pertama yang kita established ialah blok pembangkang PH, Muda, Pejuang, Warisan dan PSB itu intact nombornya 105.


"Kemudian kita juga ikuti dua hari ini di pihak Ahli Parlimen Umno pada 3 Ogos lalu diumum oleh presidennya, 8 telah menghantar surat kepada Speaker dan kepada Istana Negara menarik sokongan kepada PM.


"Manakala semalam kita difahamkan 5 lagi Ahli Parlimen Umno menghantar surat tarik sokongan kepada Speaker Parlimen.


"8 campur 5 jadi 13. Sementara Tengku Razaleigh lebih awal berbuat demikian, menjadikan 14 orang. Fakta itu tidak dicabar.


"Kalau 105 campur 14, itu memberi isyarat Tan Sri Mahiaddin telah pun hilang sokongan. Pada saat penarikan balik sokongan Umno itu berlaku, pada ketika beliau menghadap Agong itu pun kita percaya beliau tidak ada sokongan," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER