top of page

PN diragui mampu terus bertahan dengan hanya 111 kerusi



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diragui akan mampu bertahan menjelang pengundian beberapa Rang Undang-undang berikutnya dengan hanya sokongan 111 Ahli Parlimen.


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan dengan majoriti yang amat minimum itu dikhuatiri akan terpaksa memberi lebih banyak sogokan pada masa hadapan untuk kekal berkuasa.


"Kewibawaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi menjadi persoalan dan pertikaian selepas proses undian Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020.


"Adakah kerajaan ini boleh bertahan hanya dengan 111 sokongan ahli Parlimen atau akan ada lagi episod sogokan dengan segala ugutan dan tawaran pangkat atau jawatan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Anwar, Pakatan Harapan akan meneruskan usaha untuk mengembalikan mandat rakyat menghadapi kerajaan PN yang membazir dalam mentadbir negara dengan mewujudkan pelbagai jawatan baharu bagi mendapatkan sokongan.


"Pakatan Harapan (PH) tidak akan berundur dalam perjuangan sebaliknya akan terus mempertahankan mandat rakyat dengan semangat, kekuatan dan setiakawan baru.


"PH juga bertekad untuk terus berusaha menjadi suara rakyat di Parlimen, sambil meneruskan ikhtiar mengembalikan mandat rakyat," katanya lagi.


Dalam pada itu, Anwar turut berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh 3 Ahli Parlimen dari Sabah yang tidak hadir pada sesi pengundian semalam kerana sibuk menghadapi pelbagai urusan Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan berlangsung dalam beberapa minggu lagi.


Sesi Dewan Rakyat semalam mencatat kontroversi apabila Speaker Azhar Harun terpaksa menghentikan perjalanan sidang apabila kehadiran wakil rakyat PN tidak mencukupi.


Beliau menangguhkan Dewan selama 10 minit selepas mengumumkan pengundian akan dilakukan secara belah bahagi.


Penangguhan selepas pengumuman tidak pernah dilakukan dalam sejarah Dewan Rakyat sebelum ini.




Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page