top of page

PN belanja RM500 juta propaganda media, kenapa Pas tidak pertikai?



Sikap Ahli Parlimen Pas mempertikai fungsi JKOM kononnya harus dibubarkan kerana tidak membawa apa apa kebaikan dalam perbahasan di Dewan Rakyat seperti 'kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tidak dihirau'.


Menurut Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, peranan JKOM pada ketika ini tidak menyerlah kerana peruntukan untuk jabatan itu hanya RM13 juta setahun, cukup membayar gaji dan sewa pejabat kerana Kerajaan Perpaduan tidak mahu pembaziran berlaku.


Namun katanya, perkara yang seharusnya dibangkitkan oleh pemimpin Pas atau ditanyakan oleh Ahli Parlimennya di Dewan Rakyat ialah berkenaan perbelanjaan promosi media kerajaan era Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin yang begitu besar sehingga lebih RM500 juta.


"RM13 juta ini semua pergi ke emolumen, macam mana mereka ini nak berfungsi dengan lebih baik? Lainlah dulu seperti mana didedahkan PM (Anwar), zaman Muhyiddin RM700 juta dibelanjakan untuk mempromosikan kerajaan beliau.


"Inilah sebenarnya pembaziran yang sepatutnya MP Pas pertikaikan. Wang rakyat sepatutnya boleh digunakan bantu rakyat. Bantuan awal sekolah, subsidi jualan Rahmah, bantuan STR, rumah mampu milik. Macam macam bantuan boleh dibuat dengan RM700 juta," katanya dalam siaran media.


Pada 7 November lalu PM Datuk Seri Anwar Ibrahim membongkar di parlimen belanja yang digunakan oleh kerajaan terdahulu dari 2020 - 2022 dalam urusan promosi media sekitar RM700 juta.


Bagi Lokman, perbelanjaan membazir itu menyebabkan hutang negara membengkak dan menyukarkan lagi pengagihan bantuan kepada rakyat.


"Akibat kerakusan mereka membelanjakan RM500 juta kita lihat kerajaan PMX mewarisi hutang mencecah RM1.5 trilion, inflasi bertambah, tetapi mereka ini boleh duduk di kerusi empuk membelanjakan duit sampai RM500 juta. Zaman Ismail Sabri baru RM200 juta.


"Rakyat boleh menilai sendiri, jangan terima bulat bulat apa mereka katakan. Rakyat perlu minta penjelasan dari kerajaan terdahulu (PN) ke mana duit itu dibelanjakan," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page